jUsT tO SaY

Thursday, January 5, 2012

cikgu OH cikgu!!! (versi tadika/prasekolah)

tarikh keramat buat semua murid-murid bermula 4 Januari 2012... di mana bermulalah alam persekolahan setelah bercuti sebulan lebih... ada yang kata masih belum puas cuti sekolah... apa-apa pun, mereka ini telah mempunyai pengalaman untuk bersekolah... jadinya, tiada masalah...



namun begitu, kepada kanak-kanak yang berusia 4, 5 dan 6 tahun yang mana mereka ini pastinya dihantar ke sekolah belum tahu akan ragamnya... kebanyakan ibu dan bapa akan sanggup untuk mengambil cuti semata-mata untuk melihat anaknya yang baru sahaja melangkah ke alam persekolahan iaitu TADIKA...

bila kita sebut TADIKA, pastinya banyak permainan, ada buaian dan gelongsor, ramai budak-budak yang comel dan ada waktu rehat yang tak perlu ke kantin untuk makan... ha3... itu semua hal yang ke-2... ada seperkara yang lebih penting iaitu "CIKGU"... ya, cikgu pra sekolah dan tadika perlu memainkan peranan yang sangat besar dalam membimbing kanak-kanak untuk menyukai, menyintai dan menggemari sekolah... kerana apa??? keranan cikgu di tadika adalah cikgu pertama yang mengajar mereka ini secara FORMAL...



malangnya, terdapat segelintir cikgu-cikgu sekolah TADIKA atau PRASEKOLAH ini yang memandang remeh dan tidak menitikberatkan hal-hal ini... mengapa ini terjadi??? mungkin kerana sudah bosan... setiap tahun, ada sahaja murid baru yang akan menangis... "MENANGIS TERESAK-ESAK"... memekakkan telinga sahaja... jika ada terdetik di dalam hati seorang guru seperti ini... " TAK PAYAH JADI CIKGU TADIKA OR CIKGU PRASEKOLAH"... manusia-manusia ini hanya bertopengkan status bergelar "CIKGU" untuk dipandang "HEBAT"... sungguh tidak bagus...

apa yang saya katakan ini, bukanlah berdasarkan cerita-cerita orang... tetapi ianya berlaku pada ahli keluarga sendiri... cikgu tadika tersebut tidak langsung menunjukkan anesiatif untuk menarik minat kanak-kanak yang baru berumur 4 dan 5 tahun untuk berhenti menangis dan tidak juga menggunakan kaedah atau strategi yang lain untuk menarik minat murid tersebut... inikah guru-guru kita??? "OH...TIDAK!!!"...

kepada semua ibu bapa yang ingin hantar anak mereka buat pertama kali ke sekolah iaitu sekolah TADIKA atau PRASEKOLAH... jangan terlepas pandang satu perkara pun... selidik sekolah itu bagaimana, apa kelebihannya, bagaimana perlaksanaan pengajaran dan pembelajarannya, apakah fasiliti yang ada dan yang tiada dan kawasan sekolah tersebut... dan yang PALING PENTING selidiklah CIKGU nya... bukan ambil tahu hal-hal peribadi cikgu tersebut, tetapi ambil tahu tahap pendidikan cikgu tersebut dan bagaimana cikgu itu mengajar... serta, kejayaan pada murid-muridnya yang lepas... bagus atau tidak keluaran sekolah tersebut... barulah ibu bapa akan berpuas hati... setahun sebelum menyekolahkan anak, tanya-tanya pada jiran atau ahli keluarga yang pernah atau ada menghantar anak mereka ke sekolah tadika atau prasekolah tersebut... selain itu, pergi sendiri ke sekolah tersebut sebelum mendaftarkan anak, agar dapat memerhati keadaan sekeliling dan keadaan kelas tersebut...



BARULAH PUAS HATI... jangan sampai dah seminggu sekolah, anak masih menangis kerana tidak mahu sekolah... ini akan menambahkan kerungsingan...

apa yang saya kongsikan ini, adalah perkara yang benar-benar terjadi... dan saya hanya sekadar berkongsi... bukan niat di hati untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa... kerana saya juga seorang guru...


sekian...
-rindu mello lolla-
"cikgu pj"


2 comments:

  1. follow me back http://hyepolowjer.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hai . . sweet la blog awak . saya sukaa . saya sukaa . .

    ReplyDelete