jUsT tO SaY

Thursday, December 4, 2014

kumbanggrafik 2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalammualaikum w.b.t

Lama sudah tidak menjenguk blog saya. Lama juga tidak menaip di laman ini. Rindu mahu menaip panjang-panjang. Harap tidak akan menjemukan sesiapa yang membacanya.

Dalam entry sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa yang saya telah membuka perniagaan BUTTON BADGE secara kecil-kecilan. Alhamdulillah, perniagaan mendapat sambutan. Penat, jangan cerita. Tetapi, seronok terasa apabila pelanggan memuji. "Wah, cantinya!" "Ok, saya suka!"

ALHAMDULILLAH

Terima kasih, Ya Allah di atas segala rahmat dan kurniaan Mu.

Sekarang ini, bekerja dengan lebih usaha untuk menjana pendapatan. 9/10 rezeki di dunia ini adalah peniagaan. tidak salah mencuba, asalkan minat dan ikhlas dalam melaksanakan setiap pekerjaan.

saya tidaklah, mengejar keuntungan semata-mata. Ada yang saya bagi harga murah sehinggakan keuntungannya kecil sangat. Dengan keberkatan dari Allah, rezeki saya bertambah. Kadang-kadang, rezeki datang tanpa diduga.

Kepada individu di luar sana, yang ingin mendapatkan BUTTON BADGE dari kami, sila ke:

fb : Kumbang Grafik
insta : kumbanggrafik

Apa yang ada di Kumbang Grafik??? Tengok di bawah ini... Pasti menarik...


Apa yang ada lagi??? Ada pakej yang BEST lagi AWESOME kawan-kawan...


Apa? Nak tengok gambar barang? Boleh, tiada masalah... Lihatlah... Cuci-cuci mata apa yang ada...











Ada lagi... Tengok yang di bawah ini pula...







Boleh letak gambar sendiri atau rakan-rakan. untuk dijadikan hadiah atau kenag-kenangan. Lebih banyak tempah, lebih baik.

Maaf ya. Gambar di atas semuanya agak blurr dan tidak terang. Ini adalah kerana pencahayaan kamera talifon kemudian di pindah ke komputer riba. Jangan risau dengan tempahan BUTTON BADGE anda, kerana ianya akan lebih menyerlah dan menarik. Ini adalah kerana kami menggunakan kertas berkualiti. 

Untuk pengetahuan semua, kami menerima tempahan ready made dan custome made. Jika ready made, tempoh dua minggu awal kami perlukan. Jika custome made, kami memerlukan sebulan awal dari hari penghantaran yang diinginkan. Ini adalah untuk memastikan tahap kualiti yang diberi adalah yang terbaik.

Berminat? Ada pertanyaan? Sila Wassup/call/msg di talian 011-25873626 (yaya)

Jangan lepaskan peluang yang menarik ini.

Tuesday, November 4, 2014

kumbanggrafik

belajar berniaga


as salam... hye semua... apa khabar? hopefully korang semua sihat dan sentiasa di dalam perlindungan Allah s.w.t. 

hari ni nak cerita sesuatu pula... saya dah start buat business... kecil-kecilan sahaja... buat side income... bukan nak kata gaji jadi cikgu x cukup... cuma nak mempelajari ilmu berniaga pula... tambah ilmu... seronok berniaga nie rupanya... tapi kesabaran dan kegigihan adalah perkara yg perlu dititikberatkan kpd org yang baru nak mula berniaga mcm saya... hehehe...

emak dan ayah pesan, berniaga dengan jujur dan telus...ikhlaskan hati buat kerja, in shaa Allah, ada rezeki dari Allah untuk kamu... ye, betul tu... bukan mudah untuk memulakan perniagaan sebenarnya, walaupun perniagaan kecil... duit modal, nak cari pelanggan, melayan kerenah pelanggan... semua tu, kene belajar dan kene ada ilmu yg betul... dan yang saya hampir terlupa, jgn sesekali kita meremehkan pelanggan yang datang... kaya atau miskin seseorang pelanggan yang datang tu, kita mesti layan dengan baik... berikan perkhidmatan yang sama, mcm mane pelanggan lain dapat...

macam2 ragam orang zaman sekarang... tp biasalah, dalam berniaga ada saingannya... tp jgn mudah putus asa... teruskan usaha... ingat ye, jgn guna dukun@bomoh pula... hahahaha... kadang2 geli hati dengar kawan2 cerita pergi minta tangkal utk jadikan pelaris... ermm... entahlah... saya yakin Allah ada bersama saya, dan Allah sentiasa mengurniakan rezeki buat hamba2Nya... takut la korang, nak pergi jumpa pakcik2 yg dah berusia utk minta tangkal pelaris... klau betul tak pe... kadang2, ada yg x betul, menipu kerjanya... lepas tu, habis beribu ribu ringgit... mcm saya ni, berniaga kecil-kecilan, untung nye pun kecil-kecilan...takkan nak pergi jumpa mereka2 tu... mano den nak cekau duit??? hahahaha

ape2 pun, bila Allah dah tunjukkan jalan buat kita, kita redha... terima dengan hati yg ikhlas... jgn merungut dan terus berusaha... jangan lupa berdoa dan bertawakal... x pe kalau ada pelanggan yang tak jadi beli... normal lah tu... macam sy juga... masuk kedai, belek2 dulu... survey harga... betul tak??? jangan risau ye... 

ingat, berniaga ni amalan yang mulia... pekerjaan yang memg akan buat saya, anda dan kita semua jadi kaya... yg penting niat di hati kerana Allah... untungnya jadi peniaga ni, hari2 ada pelanggan datang... borak2... ada sesi soal jawab... so, hidup kita tak lah bosan... dan yang lagi seronok, bila ada yang sudi bagi pendapat, pandangan, tunjuk ajar dan macam2 lagi...

oh, sebelum terlupa... saya berniaga button badge... ada key chain, pin badge, fridge magnet n roset badge... semua benda ni, saya minat... walaupun renyah, tp itulah yg saya minat... saya suka kerja2 yg mcm ni... sbb tu saya buat business ni... saya juga menerima tempahan banting dan banner... hahaha...ape2 pun, usaha tangga kejayaan... jgn mudah berputus asa...

boleh follow kat :
fb : kumbang grafik
insta : kumbanggrafik

seronok tau bila kita ada ramai geng yang berniaga ni... mcm2 cerita kita boleh kongsi...


ini, lambang operasi perniagaan saya...




ini antara contoh button badge yang kedai saya hasilkan... dah banyak yg laku... Allhamdulillah..
saya juga menerima tempahan dari bakal2 pengantin yang nak oder pin badge masa majlis... ada pakej hebat lg... singgah di fb n insta k...

(jgn ambil hasil kerja orang lain, tanpa izin...saya x tahu, tapi Allah maha mengetahui...) dan berikan sedikit rezeki yg Allah berikan kpd kamu kpd insan2 lain yg memerlukan... sedekah akan buat anda jadi lebih kaya... yg ini, memg tips benar dari mana2 sifu...jgn kedekut tau...hehehe...sharing is caring...
baiklah, sampai di sini sahaja...
wallahualam...

Monday, August 18, 2014

...kisah hati...


alhamdulillah, diam tak diam, dah 2 tahun dan 8 bulan aku menjadi seorang guru... seronok sebenarnya menjadi guru... walaupun penat, letih, geram, banyak kerja, kene layan macam2 ragam anak murid dan parents, tp semua itulah yg mewarnai hidup seorang guru... dan disebabkan kerja yg banyak dan melambak, setahun lebih dah aku x post ape2...

huhuhu...

nmpk sgt BZ nye... ape2 pun, skrg mcm dah boleh tulis semula... dah boleh mengarang blog semula... hopefully lepas ni, akan ada cerita yg lebih menarik n interesting untuk korang semua...

sekarang ni, aku dah ada minat yg baru... OH, SCOUT! I am falling in LOVE with You...


sgt menyeronokkan n kene ada komitmen yg sgt besar... aku masih lagi sedang belajar n menuntut ilmu agar tak tersalah konsep... sebab dalam dunia PENGAKAP ini pun, ada yang hanya mengejar nama... mudah2an, aku tidak akan jd seperti itu... aku ikhlas masuk dunia PENGAKAP kerana minat aku dalam bidang out door... dan yg best nye, boleh bantu anak-anak murid aku untuk mempersiapkan diri menjadi manusia yg berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara...



untuk pengetahuan semua, ada beberapa pengalaman manis dalam hidup saya sebagai Pemimpin Pengakap... firstly yg best n lagi seronok, bila anak murid berubah dari yg kurang baik kpd yg lebih baik... yg ni memg best... rasa sgt2 bangga dan berbaloi melakukan aktiviti bersama mereka... walaupun penat dan tidak ada upah untuk kerja lebih masa ni, tapi kepuasannya... hanya Allah sahaja yg mengetahuinya... kedua, boleh kenal ramai org n macam2 perangai... dari pemimpin nya hinggalah ke anak murid nya... bestnya, boleh share pengalaman... sgt2 mengujakan... dapat kenal dgn org2 hebat dari legasi SCOUT ok... yg dah berumur, bertongkat pun adooo... kau ade??? hahahaha... inilah semangat namanya...

terima kasih yg tidak terhingga kpd "MR.CAT"... saya betul2 menghargai setiap tunjuk ajar dan semangat yg awak beri kpd saya... semoga satu hari nnt, saya juga akan menjadi AHLI PENGAKAP BERJIWA SELAMANYA seperti anda...



akhir sekali, doa saya:

Ya Allah, Kau temukanlah jodoh ku dengan hambaMu yang Berjiwa Pengakap seperti aku. dan akan membimbing aku ke Jalan Mu yang Benar...aamiiin...

doaitusenjataumatislam