jUsT tO SaY

Tuesday, December 27, 2011

...SENANG di kata tetapi SUKAR untuk di lafaz...

dah baca tajuk di atas??? huhuhu... kali ni, luahan hati diri ini berkaitan sesuatu ungkapan yang mudah dikata namun agak sukar untuk dilafaz... sebenarnya, agak lama dah x tulis ape2 kat blog... malam ni, tergerak hati untuk menulis sesuatu...


kerana pulut santan binasa...
kerana mulut, badan binasa...

mulut memainkan peranan yg cukup penting...peranan yg baik dan juga yang tidak...

bila sesuatu ungkapan hendak disampaikan kpd seseorang, ianya susah untuk dituturkan...namun, senang pula untuk diperkatakan oleh semua org... "alah, bukan susah pun...cakap jelah"... nampak macam senang...tetapi, hakikatnya ianya terlalu sukar...

SUKAR!!! kenapa jadi macam ni???sukar sama erti dengan susah...susah tu ape pula??? susah tu sukar lerr... " itu pun x tau ker? "...huhuhu...jgn marah...susah???sukar???kenapa jd macam itu??? semua ni terjadi kerana ianya sering berkait dengan sesuatu perasaan atau luahan rasa yg ingin dinyatakan atau disampaikan...kadang2, ianya boleh membawa kepada salah faham...salah anggap le tu... dan kadang2, ada sesetengah org sanggup berlakon untuk menjaga hati dan perasaan org lain daripada mengaku yg sebenarnya...(same like me)... HELLO!!!ini bukan drama ok... ini memg realiti...

ok, kembali ke alam nyata... mesti ramai yg setuju... sebagai manusia yg punya hati, perasaaan dan berperikemanusiaan, banyak yg disimpan di dalam hati demi menjaga nama baik n maruah sendiri serta keluarga...contohnya:


 


1) SAYA DAH JATUH HATI/CINTA DENGAN AWAK... <3
betulkan???ada ramai yg sanggup simpan je perasaan yg dia rasa drpd diluahkan kpd org yg dia suka...dan kadang2, dia sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan org yg disayangi itu tidak kecewa atau terluka...hmmm... ini memg kes berat...tp memg ini yg berlaku...kenapa???sebb ada yg tidak berkeyakinan untuk mengungkapkan kata2 tersebut...perasaan x pasti pun ada dan ragu2...takut cinta ditolak...lagi pun, ini berkaitan dengan maruah...kalau ditolak, mahunya rasa malu yg menebal itu akan menyebabkan hubungan persahabatan terputus...susah kan???siapa kata senang???bak kata pepatah, "BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL"...



2) SAYA NAK MINTA MAAF KERANA SAYA TELAH BUAT SALAH KEPADA AWAK...
perkataan maaf adalah satu perkataan AZIMAT sebenarnya...korang nak tahu kenapa???MAAF... dengan maaf, banyak perkara oleh berubah...dari bermusuhan, boleh menjadi sahabat...dari berperang, boleh jadi aman dan damai...sebenarnya, maaf yang dimaksudkan ialah maaf yang IKHLAS...TULUS DARI HATI... bukan sekadar dibibir dan bukan pula sekadar untuk mengaburi banyak mata...kadang2, perkataan maaf ini disalah guna menyebabkan lain jadinya...sebab itu, ramai yg susah nak minta maaf...kan3???sebenarnya, meminta maaf x susah...yg penting, hati mau bersih maaa...

ye, 2 benda ni memang benar2 berlaku...betulkan korang semua???dan sebenarnya, 2 perkara ni berlaku pada saya juga...susahkan nak faham hati dan perasaan diri sendiri...apatah lagi nak faham hati dan perasaan orang lain...lagi lah susah/sukar/payah...

"kalau dah suka, ngaku jelah...cakap depan2...ape yg lambat sangat...melepas, padan muka..."

waahhhh...cakap mcm ni memang la...senang...cuba kene pada diri sendiri...haaa...baru kau tau nnt...ingat nak cakap suka, sayang n cinta ni, bley ker sesuka hati???pada pendapat saya, ianya x boleh diluahkan dengan sesuka hati...perlu dengan cara yg betul...jangan main2...lagi satu, bila dah diluahkan dan ada jawapan...jeng...jeng...jeng...persiapan diri adalah penting...dia terima atau tidak itu adalah hak si dia... cinta tak boleh dipaksa... ingat, X BOLEH DIPAKSA... jgn terlalu mengharap, tetapi jgn pula ambil ringan... klau si dia terima ucaplah ALHAMDULILLAH...bersyukur lah...sesungguhnya, si dia juga mempunyai perasaan yg sama... namun, jika sebaliknya, jgn pula berasa malu atau merendah diri... kamu perlu rasa bangga, kerana kamu seorang yang kuat dan berani...berani untuk menyatakan kebenaran yang kamu suka dia...kamu kuat, kuat untuk menerima jawapan dari si dia... betulkan??? lelaki atau perempuan...dunia sekarang dah x da istilah "PERIGI CARI TIMBA"... klau org dulu2, memglah guna istilah itu... tp kita sekarang berada di zaman serba canggih... sedangkan Saidatina Khadijah pun berani untuk menyampaikan hasrat hatinya kepada Baginda Rasulallah s.a.w... bermakna, x salah kalau ada perempuan yg menyatakan hasrat hatinya kepada kaun adam... jangan pula nnt, ada kaum adam yang kata "TAK MALU PUNYA PEREMPUAN"... ini salah...so, terang2 dah kita tahu, lelaki ni memang x blaja agama...  (jangan marah)...di sini, yang ingin saya katakan, bersikap berani itu sebenarnya x salah...yang penting masanya yang sesuai dan perkara yg dilakukan adalah betul...



"kau yang dah buat salah, pandailah kau minta maaf dengan dia..."

owh, susahnya...sebab manusia punya ego...walaupun salah, tetap nak jadi yg betul...inilah senario yg sering berlaku di kalangan orang kita... untuk peringatan, terutamanya saya sendiri...tiada manusia yg sempurna di muka bumi ini...kita hanya manusia biasa...kita semua sama...walaupun berbeza pangkat dalam pertubuhan organisasi besar, namun kita tetap MAKHLUK ALLAH yang dikasihiNya... sedangkan Nabi Muhammad s.a.w boleh memaafkan setiap org yg melakukan kejahatan terhadapnya, inikan pula kita manusia biasa yg hidup di akhir zaman...bukankah, bermaafan itu lebih baik??? namun, sukarnya untuk meminta maaf dan mengaku akan kesalahan yg telah dilakukan...ohhhh...macam mana ni??? HATI...ya!!! dia yg perlu diperbetulkan... niat yg ikhlas untuk memintaa maaf, tentu akan dimaafkan... tetapi, sekiranya maaf kamu tidak diterima jangan cepat melatah...berilah masa kepada org tersebut... dan berdoalah agar hati org itu akan dilembutkan dan akan menerima maaf kamu...

dan kepada manusia2 yg menerima kata cinta/luahan hati dan kata maaf daripada seseorang, JANGANLAH KAMU BERTINDAK KEJAM... berfikirlah dengan baik dan jelaskan dengan cara yang betul...semuanya akan jadi lebih baik...percayalah...jika hari ini kamu berlaku kejam terhadap saudara mu sendiri, kamu juga akan diberikan balasan suatu hari nanti...dan percayalah juga, jika kamu berlaku baik, kamu akan menerima balasan yang baik dari Allah...

semoga kita semua mampu untuk meluahkan rasa cinta kita dan mampu untuk meminta maaf sekiranya berbuat salah... 


"BERANI KERANA BENAR"
"TAKUT KERANA SALAH"

sekian...
-rindu mello lolla-


Saturday, November 19, 2011

I want You to know


saya nak kamu sihat,
sebab saya risau,
kalau kamu sakit...

saya nak kamu gembira,
sebab saya tak happy,
bila kamu sedih...

saya nak kamu ceria,
sebab saya rasa sepi,
kalau kamu muram...

saya nak kamu kuat,
sebab saya lemah,
kalau kamu down...

saya nak kamu tahu,
yang saya bukan friend kamu
yang baik,
tapi saya nak cuba belajar
jadi kawan yang baik...

Friday, November 18, 2011

DoA dArIkU KhAs bUaT TeMaN kU...(senpai)

bismillahirrahmannirrahim
" ATAS NAMA MU YA ALLAH,
KU MEMOHON KELAPANGAN,
UNTUK MEMAAFKAN
SEGALA KESALAHAN
SAHABATKU "...    
(darihatiikhlaskuini)



Ya Allah,
Sahabat saya tidak seperti sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
Sahabat nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi...

Ya Allah,
Saya Muhasabah,
Menerawang sendiri, 
Dari kecil hingga ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati, 
Ramai juga yang datang dan pergi...

Ya Allah,
Sahabat ketawa,
Saya gembira...
Sahabat sayu,
Saya syahdu...
Sahabat layu,
Saya pilu...
Sahabat cemerlang,
Saya gemilang...

Ya Allah,
Sahabat saya,
Kawan saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di Taman Syurga...

Ya Allah,
Rakan saya,
Buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria...

Ya Allah,
Silaturrahim kami,
Ukhwah fillah,
Bermusuh kami,
Na'uzubillah,
Berpisah mati,
InsyaAllah,
Pengubat hati,
Doa Rabitah...

MAAFKAN AKU WAHAI TEMAN...
JIKA AKU MENYAKITI HATI MU...
BUKAN NIATKU MENYAKITI MU...
BUKAN NIATKU MELUKAKAN MU...
MAAFKAN DAKU,
WAHAI TEMAN-TEMAN KU...



SAHABAT SELAMANYA


Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia


Sahabat untuk selamanya

Atasi semua perbedaan

Kau dan aku sahabat

Untuk selamanya

Selamanya setia



Sahabat untuk selamanya

Berbagi dan saling menjaga

Kau dan aku sahabat

Untuk selamanya

Selama-lamanya setia




p/s: 1) seriusly, entry ni khas buat adik-beradik SENPAI...

2) yaya harap, kamu semua maafkan salah silap yaya yang mane mungkin yaya terlepas tanpa niat untuk mengutuk, mengata, melukakan, menghiris hati, terpukul, terpiat telinga, terambil tanpa minta izin, termakan atau terminum, termalukan siapa2 pun...yaya minta maaf sgt2...kamu semua maafkan yaya... =(

3) walaupun, yaya x mampu jadi seorang sahabat yang baik,itu mungkin kerana yaya x berapa nak rapat dengan ramai pihak...yaya ada sebab yaya sendiri...yaya nak jaga hati kawan2...dan hati yaya juga...krn saya manusia biasa...

4) kalau sebelum2 ni yaya x dapat lakukannya, yaya harap lepas kamu semua baca entry yaya, sudi2lah terima yaya sebagai seorang sahabat yang kamu semua sayangi dan kasihi...

5) yaya sudi untuk share masalah yg kamu ada...nak tipon pkul 2 or 3 pagi pun x pe...x kesah la, hal cinta ke, hal family ke, hal sedih ke, hal gembira ke, hal dapat baby ke...yaya akan dengar...yaya akan tggu hingga kamu selesai luahkan masalah...serius ni...yaya sanggup pegi cari tempat yg ada internet saat anda nak chat...(klau time tu broadband x bebayo n streamex kat umah x bape nak laju)...korang nak ngadu pasal sekolah korang ada probs pun yaya akan sanggup dengar...


6) sebelum terlupa...buat MENTOR terbaik sepanjang zaman merangkap AYAHANDA(ketua gangster) hik3...TUAN SYED AHMAD EZAHAR, terima kasih kerana sudi jaga saya, dengar masalah saya, berkongsi pengalaman dgn saya dan mcm2 lagi lah...terima kasih sbb sudi belanja saya...sayang ayahanda sgt2...segala jasa baik ayahanda xkan pernah terlupa... <3


7) buat insan yg pernah ada dlm hati yaya, walaupun sementara...ianya ckup bermakna...terima kasih...semoga kamu bahagia di samping insan tersayang...lepas ni, kawan yaya mcm biasa k... yaya ok je, x pernah simpan dendam or whatever... =)

8) SENPAI...SENPAI...SENPAI...x sanggup nak berpisah dgn kamu semua...seriusly, memang x sanggup...terlalu susah...susah nak lupakan kamu semua...

9) akhir kata, kamulah sahabat dunia dan akhirat saya...SENPAI dalam hati selamanya...



 - rindu mello lolla
buat adik-beradik SENPAI...
november 2011 -


Thursday, November 17, 2011

bicara HATI mello lolla...




benar kata orang, "seorang perempuan sanggup memendam rasa cintanya buat seorang lelaki biarpun ia mengambil masa lebih dari setahun"...dan kini, aku faham ape yg dimaksudkan dgn kata-kata itu...dan ianya terjadi kepada diri ini sendiri...


aku sendiri tak pasti dari mana hadirnya perasaan itu...aku sendiri masih lagi curiga dengan keadaan ini...namun, aku tak mampu nak pendamnya seorang diri...seperti mahu sahaja aku ungkap kata-kata cinta itu kepada mu... ikhlas lahir dari hati ini... tapi, AKU MALU...kerana aku masih tidak yakin dengan apa yang aku rasa...adakah engkau rasa apa yang aku rasa???huhuhu...andainya, kau dapat merasainya, aku sentiasa tersenyum mesra buatmu walaupun aku jauh dari diri mu...


sehari tak dapat lihat wajah mu, aku seperti kehilangan...kehilangan semangat untuk terus tersenyum dengan seikhlas hati...dan kalau dirimu mahu tahu, gambar mu ku jadikan pengganti...kerana itu sahaja yang AKU MAMPU...(aku tak mampu untuk bersua muka dengan mu)...


sehari tak ku dengar suaramu, kurasakan aku terlalu merinduimu...sehari aku tak lihat senyumanmu, aku rasakan terlalu jauh dari mu...huh...mungkin kerana aku yang sememangnya terlalu FOBIA dengan CINTA dari makhluk Allah bernama Lelaki...


bila dirimu menegur diri ini, ada suatu perasaan yang asing dalam hati...terasa,sangat terasa...aku sendiri jadi tak keruan...bila kau pandang wajah ini, aku tak mampu untuk membalas pandanganmu...kerana aku menjadi seperti salang tingkah...aku yakin, yakin yang sememangnya aku tak mampu untuk menatap wajahmu...kerana aku akan terasa degupan jantung ku seperti "BARU LEPAS LARI 2.4KM"... huhuhu...pernah jua aku mencuri pandang wajahmu...namun, cepat2 aku alihkan pandanganku, agar tiada siapa yang mencurigainya... bila dirimu berada dekat dengan diriku...aku tak mampu untuk berkata-kata... kerana aku terlalu "GEMBIRA"... seperti dunia milik "KITA"...ada sesuatu yang hadir dalam diri ini...nafas ku jadi kelam kabut...degupan jantung ku...hah!!!susah untuk aku gambarkan...hanya hati ini dan Allah sahaja yang tahu...


bila ku fikirkan semua, bila ku imbas segala kenangan bersama...banyak perkara yang kita buat bersama... banyak benda yang kita kongsi berdua...terima kasih kerana sudi bantu saya diwaktu saya susah... terima kasih kerana sudi beri saya kata-kata semangat... terima kasih kerana sudi jadi kawan saya...terima kasih kerana sanggup pinjamkan harta awak untuk saya guna... terima kasih dari dunia hingga akhirat...halalkan segala makan dan minum saya...


buat diri awak, saya doakan semoga berjaya dalam setiap lapangan yang awak ceburi...semoga Allah merahmati diri awak di dunia dan di akhirat...AAMIIIN...


seandainya perasaan yang saya rasa itu, awak juga rasa...mungkin ianya satu petanda...
seandainya JODOH dari Allah telah menentukan kita untuk bersama(ikatan yang sah), semoga kita dapat melaluinya dengan sabar dan akan cuba untuk melengkapkan kekurangan diri masing-masing dengan kelebihan yang ada...
seandainya, kita ditakdirkan untuk bercinta...saya mahu kita bercinta selepas kita *****...itu sahaja...




namun, saya tahu, saya tak layak untuk diri awak...
banyak sangat jurang perbezaan kita...
hanya doa dari saya buat diri awak...
semoga awak bahagia di samping insan tersayang...
akhir sekali,saya berharap agar dapat awak faham,
saya hanyalah seorang perempuan biasa...






ianya perlu diketahui...


………(¯`v´¯)
………..`•.¸.•´ ~ TIPS MENCARI JODOH TANPA ”COUPLE” ~

………(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
……… /\ /\

❤✫•°*””*°•✫❤✫•°*””*°•✫❤✫•”
”*°•✫❤✫•°*””*° •✫❤

(`’•.¸ “Habis nnt macam mana nak cari isteri or suami?”
bab nak mencari bakal isteri/suami ni apa susah~
berserah sahaja kepada Allah~
bila MASA sudah sampai~ dapatlah~

(`’•.¸ “Bukan kita kena USAHA ke?”
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`’•.¸ “Nanti kena REJECT macam mana?”
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`’•.¸ “Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?”
lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~
tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?
kalau belum cukup lagi tu~
simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only~

(`’•.¸ “Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk.”
Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.
Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~
yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?
sbb nanti akhirat saya yang kena soal~
kenapa saya tak sedarkan kamu semua?
kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
sekarang~ I have DONE my job~
nnt itu antara kamu dan Allah ek~

(`’•.¸ “Mak & ayah restu lah.”
Memanglah mak & ayah restu~
tapi Allah restu ke tak ea?
korang FIKIRlah sendiri~
semua diberi AKAL untuk berfikir
saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk
ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~

(`’•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI
tapi manusia yang mengotori ikatan ini
oleh sebab terlalu mengukut budaya barat
semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`’•.¸ fikirlah wahai RAKAN
kita ni umat akhir zaman
kiamat tu PASTI
kenapa korang tak SEDAR lagi
or korang tahu just buat2 tak tahu saje?
fikir-fikirkan lah~

✿♫•*¨*•.¸¸ ✿♫•*¨*•.¸¸
❤✫•°*””*°•✫❤✫•°*””*°•✫❤✫•”*°•✫❤✫•°*””*° •✫❤

ini yang aku rasa


hati...hati adalah kurniaan Allah s.w.t yang dijadikan untuk semua hambaNya...dgn hati jugalah, kita merasa segala-galanya... rasa kebahagiaan, rasa seronok, rasa gembira, rasa disayangi dan menyayangi...dan rasa sedih, duka, kecewa dan terluka...

oh hati...tabah...tabah...tabah...ini yg aku rasa...di waktu ini, di masa ini, di saat ini...aku yang rasa...aku yg laluinya...oh hati, jgn lah sedih...hilang lah luka itu dr hati ini...tolonglah...pergilah wahai rasa duka, kecewa dan terluka...pergi jauh2 dari hati aku...aku x sanggup...x sanggup untuk menangis lg...dan lagi, dan lagi untuk nangis...

saat itu, xkan pernah terpadam...bukan dendam yg aku ingat, tp segala janji dan kata2 manis mu...buat aku sengsara...dan hati aku, hati aku masih ada pada mu...ketika itu...

wahai hati...sembuhlah dikau...jgn dikenang perkara yg lalu...wahai hati, gembira akan engkau di samping insan2 yg menyayangimu...aku cuba...cuba untuk tidak bersedih lagi...namun, senyumanku terlalu kabur...dan ianya akan menjadikan diri ini semakin lemah...

semoga, suatu hari nnt, hati ini akan sembuh...dan ia akan disembuhkan dgn kurniaan Tuhan yg paling teristimewa...yg akan menjadi saat2 manis dan ianya adalah yang terindah dlm hidup ini...dan waktu itu, apa yg aku rasa ialah =)...semoga Allah, akan mengabulkan doaku...insyaAllah, krn Allah sentiasa mendengar doa-doa hambaNya...

pergi jauh2 wahai kedukaan ku...yg telah aku tanggung seorang diri...pergi dikau wahai perasaaan terluka...kerana aku sudah punya emak, ayah dan keluarga yg lebih menyayangi dr diri mu yang x pandai menghargai kasih sayang ini...pergi saja duka...kerana aku telah punya teman baik di sisi...yg sentiasa membuat aku tersenyum dan tergelak gembira...dan aku tahu, aku masih punya hati yg suci untuk seseorang yg bakal muncul buatku...semoga, hari itu akan datang...dan aku akan tersenyum dgn seikhlas hatiku...untuk terima diri mu...

di waktu itu, jgn ada yg mengganggu kebahagiaan ku...semoga Allah akan memberi ruang dan peluang kpd aku...untuk aku merasai dan mengecapi kebahagiaan yg aku inginkan...<3 untuk yg sudi terima diri serba kekurangan ini dgn seadanya...dan semoga di waktu, kita hadapi segala-galanya...bersama...

" sungguh, hanyalah dirimu yang aku cintai...
  dan sungguh, ku kan di sisimu hingga ku mati...
  aku ingin engkau slalu...
  hadir dan temani aku...
  di setiap langkah, yang menyakiniku...
  kau tercipta untukku...
  meski waktu akan mahu...
  memanggil seluruh ragaku...
  ku ingin kau tahu...
  ku selalu milikmu...
  yang mencintaimu...
  sepanjang...hidupku..."

Wednesday, November 16, 2011

wanita hiasan dunia...


Lembut wanita kerana senyumannya,

Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Pendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,

Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah…


Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.