jUsT tO SaY

Thursday, January 26, 2012

ohh motorsikal ku

"alhamdulillah, selamat sampai anak emak..."

cikgu perempuan naik motor dari kluang ke johor bharu...huhuhu...x lah jauh mane, dekat je tu...lebih kurang sejam setengah sampai dah...
"itu kata orang"...

tapi bagi diri sendiri dan keluarga, ada macam2 risiko yg mungkin akan berlaku...terlalu banyak pesan dari emak, ayah, abang dan kakak...sampai dan boring dengar...ape2 pun, itu semua tanda sayang mereka kepada cikgu pj yg sorang ni...

ok, sebenarnya nak cerita pengalaman yang x delah ape2 sgt pun...tapi disebabkan ini adalah "MY FIRST TIME" menunggang motorsikal ke JOHOR BHARU dari rumah... dan rasanya ini ialah perjalanan yg paling jauh dengan menaiki motorsikal... mahu x mahu, saya perlu bawa motorsikal ke rumah sewa untuk memudahkan segala tugasan dan urusan saya... hidup ni, x boleh la asyik nak menumpang saja... jangan selalu susahkan org... kita perlu belajar untuk berdikari dan lebih baik untuk berdiri di atas kaki sendiri... cuma dalam hal-hal tertentu, yg kita x mungkin larat untuk selesaikannya berseorangan, kita perlukan teman untuk membantu...

baiklah, berbalik kisah di lebuh raya... menunggang motorsikal sangat2 bahaya... diulang sekali lagi, sgt2 merbahaya...BAHAYA!!! jgn sesuka hati bila berada di jalan raya... terlalu banak kenderaan besar yang akan lalu di sebelah motorsikal... seriusly, saya berasa sedikit takut bila ada bus or lori trailer yg lalu di sebelah... sampai pejam2 kan mata... sambil dalam hati berdoa, "JANGANLAH JADI APE2"... 

selain itu, mata akan berair...ha3...(siap kene gelak dgn kawan yg sorg lagi)... kawan siap tanye, "kenapa nangis???"... tetttttt...saya bukan nangis lah... mata masuk pasir then, mata saya kering ok... x de maknanya saya nak nangis... 

kalau penat, berhenti seketika...dok borak2 lu then baru sambung semula perjalanan anda... kalau rasa diri x penat pun, kene pastikan kenderaan kita perlu direhatkan sebentar...motor pun kene rehat k...bukan manusia sahaja...

seronok pula rasa balik ke JB dengan kawan...sbb, emak n ayah x kan bagi kalau balik sorang2... tambah2 perjalanan yg mengambil masa agak lama...hi3... terima kasih ye kawan saya yg baik hati+talkactive... dia memg baik n bertanggungjawab...ha3...dia risau kot, tgk cikgu pj ni bawa motor ke kiri ke kanan... kejap laju, kejap perlahan...lg dia risau, bila tgk cikgu pj ni nak potong lori panjang tu...ha3...cepat2 dia pintas x bg org potong lori tu...kui3...terasa ada kawan yg sgt2 baik...tq ye cikgu sains...nnt, kita balik bersama lg... best lak ade org yg follow dr belakang... (sian sebenarnya kat dia...motor ley bawa laju, tapi disebabkan motor cikgu pj ni slow, dia pun kene bawa slow...) =)

ape2 pun, yg pentg persediaan diri dan kenderaan yg hendak digunakan... pegi servis terlebih dahulu dan pastikan minyak n sebagainya mencukupi...jgn nnt, menyusahkan diri pula...

"BERHATI-HATI DI JALAN RAYA"
INGATLAH ORNG YG TERSAYANG
"ANDA MAMPU MENGUBAHNYA"
.......


RINDU MELLO LOLLA
- CIKGU PJ -

Tuesday, January 24, 2012

saya adalah cikgu...

alhamdulillah...

semuanya berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya ada sedikit masalah...namun, masalah telah menjadikan saya lebih sabar dan tabah dalam melalui kehidupan ini... dengan adanya masalah ini jugalah, saya rasa semakin ramai yg menyayangi saya...

terima kasih semua...

sekarang ni, saya telah menjadi guru di 
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI PULAI PERDANA JOHOR BHARU...
kalau ikut alamat, memg JB, tapi kalau ikut PPD, huhu... PPD KULAIJAYA...

minggu pertama di sini sangat2 menyeronokkan...selain saya, ada 10 org lagi guru baru masuk seperti saya... dan yang penting mereka semua sporting, baik n sangat gile2... sekepala lah juga... ada 6 org guru lelaki dan 5 org guru perempuan termasuk saya... pada awalnya, kami semua pendiam... almaklum, tunjuk baik...hik3...kejap je tu... masuk hari kedua dan ketiga, masing2 dah bersuara dan dah pun memperlihatkan ragam yang tersembunyi...ape2 pun, korang kawan baru yg sangat2 best n funny...terima kasih sbb sudi jadi kawan saya...sayang kamu semua...

sekolah ni, sekolah baru beroperasi tahun ini juga... masih banyak perkara di dalam perangkaan... muridnya agak ramai dan gurunya 32 org sahaja... itu semua tidak akan menjadi masalah, sekiranya semua guru bersatu hati menlaksanakan tugas dan amanah yg diberi dan mendidik anak bangsa kita hingga berjaya... aamiiin...

harapan saya, agar saya mampu untuk memikul tugas yg besar ini dan melaksanakannya tanpa merungut dan patuh dengan peraturan yg telah ditetapkan...

kini, bermulalah kisah hidup ini sebagai:
CIKGU YAYA


oleh: rindu mello lolla
- cikgu pj -


Monday, January 9, 2012

posting : NEGERI JOHOR


ALHAMDULILLAH...
bersyukur saya ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurniaNya, saya telah dipostingkan ke negeri johor... punyalah berdebar menunggu keputusan keluar... kalau semua orang nak tahu, saya tunggu depan netbook ni, dari pukul 1.30 pm hingga ke 10.00 pm (9/01/2012)... lame kan???



ape2 pun, saya akan berusaha dalam mendidik anak bangsa saya...




kenapa saya suka di postingkan ke negeri Johor???
1) kerana saya "ANAK JATI JOHOR"... dari lahir hingga ke tingkatan 5, saya berada di negeri johor... dan dah puas (5 tahun setengah) berada jauh drpd keluarga iaitu kedah... sbb blaja di IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, SG PETANI KEDAH... jauh kan??? tambang pergi dan balik dah RM110.20... belum masuk nak beli makanan n minuman... lama kot duduk dalam bas... 9 jam ok... mahunye x lapar...
2) saya nak berada dekat dengan keluarga saya... terutamanya EMAK & AYAH... tanpa mereka, siapalah saya... kerana mereka jugalah, saya berjaya di hari ini... emak dan ayah telah berusia... umur dah 60 lebih... dah sakit2... alhamdulillah, Allah masih memanjangkan usia kedua orang tua saya... kalau mereka perlukan saya, saya akan sentiasa berada di sisi mereka..."SAYA SAYANG EMAK & AYAH SAYA"... pengorbanan mereka, x mampu saya balas...saya mendoakan yang terbaik buat mereka...
3) saya mahu berbakti kepada anak2 negeri johor... negeri yang telah banyak memberikan pengalaman, ilmu pengetahuan dan macam2 lagi...
4) sebab anak2 sedara saya, ramai yang bersekolah di negeri johor ni...merata tempat ada...di kluang, pontian, johor bharu, batu pahat... ramai kan??? so, kalau dapat satu sekolah dgn mereka, boleh la saya jenguk2 kan mereka...
5) sebab yang ke-5...mesti ramai yang gelak... sebab saya nak cari "BAKAL SUAMI" saya... dengan harapan, agar dia juga orang johor... senang nanti... hi3...doa2kan lah ye...


ape2 pun, dr jam 12.30 td yg sebetul-betulnya saya dah nak tido, terus x boleh nak tido...terlalu teruja+gembira+excited sbb dapat posting ke negeri johor sendiri... mudah2an, dapat sekolah yg x lah jauh sgt dari rumah... boleh ulang-alik... dan senang nak jenguk mak n ayah...


JOHOR... HEAR I COME...
BE A BEST TEACHER...
PHYSICAL EDUCATION TEACHER IS A GREAT EXPIRIENCE...
AND I LOVE IT...




rindu mello lolla
-cikgu pj-

Saturday, January 7, 2012

kAdAnG kAdAnG


‎"Kadang-kadang bila mengalah,bukan beerti kita kalah,

tp kita hanya berehat untuk mencari kekuatan...

Kadang-kadang bila menangis,tak beerti kita lemah,

tp kita sedang mengumpul kekuatan untuk berhadapan 

ujian hidup..."




Kadang-kadang Allah sembunyikan kita matahari,
 
dan Allah berikan kita hujan dan kilat...

Kita tertanya-tanya kemanakah perginya matahari, 

rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi...


Thursday, January 5, 2012

cikgu OH cikgu!!! (versi tadika/prasekolah)

tarikh keramat buat semua murid-murid bermula 4 Januari 2012... di mana bermulalah alam persekolahan setelah bercuti sebulan lebih... ada yang kata masih belum puas cuti sekolah... apa-apa pun, mereka ini telah mempunyai pengalaman untuk bersekolah... jadinya, tiada masalah...



namun begitu, kepada kanak-kanak yang berusia 4, 5 dan 6 tahun yang mana mereka ini pastinya dihantar ke sekolah belum tahu akan ragamnya... kebanyakan ibu dan bapa akan sanggup untuk mengambil cuti semata-mata untuk melihat anaknya yang baru sahaja melangkah ke alam persekolahan iaitu TADIKA...

bila kita sebut TADIKA, pastinya banyak permainan, ada buaian dan gelongsor, ramai budak-budak yang comel dan ada waktu rehat yang tak perlu ke kantin untuk makan... ha3... itu semua hal yang ke-2... ada seperkara yang lebih penting iaitu "CIKGU"... ya, cikgu pra sekolah dan tadika perlu memainkan peranan yang sangat besar dalam membimbing kanak-kanak untuk menyukai, menyintai dan menggemari sekolah... kerana apa??? keranan cikgu di tadika adalah cikgu pertama yang mengajar mereka ini secara FORMAL...



malangnya, terdapat segelintir cikgu-cikgu sekolah TADIKA atau PRASEKOLAH ini yang memandang remeh dan tidak menitikberatkan hal-hal ini... mengapa ini terjadi??? mungkin kerana sudah bosan... setiap tahun, ada sahaja murid baru yang akan menangis... "MENANGIS TERESAK-ESAK"... memekakkan telinga sahaja... jika ada terdetik di dalam hati seorang guru seperti ini... " TAK PAYAH JADI CIKGU TADIKA OR CIKGU PRASEKOLAH"... manusia-manusia ini hanya bertopengkan status bergelar "CIKGU" untuk dipandang "HEBAT"... sungguh tidak bagus...

apa yang saya katakan ini, bukanlah berdasarkan cerita-cerita orang... tetapi ianya berlaku pada ahli keluarga sendiri... cikgu tadika tersebut tidak langsung menunjukkan anesiatif untuk menarik minat kanak-kanak yang baru berumur 4 dan 5 tahun untuk berhenti menangis dan tidak juga menggunakan kaedah atau strategi yang lain untuk menarik minat murid tersebut... inikah guru-guru kita??? "OH...TIDAK!!!"...

kepada semua ibu bapa yang ingin hantar anak mereka buat pertama kali ke sekolah iaitu sekolah TADIKA atau PRASEKOLAH... jangan terlepas pandang satu perkara pun... selidik sekolah itu bagaimana, apa kelebihannya, bagaimana perlaksanaan pengajaran dan pembelajarannya, apakah fasiliti yang ada dan yang tiada dan kawasan sekolah tersebut... dan yang PALING PENTING selidiklah CIKGU nya... bukan ambil tahu hal-hal peribadi cikgu tersebut, tetapi ambil tahu tahap pendidikan cikgu tersebut dan bagaimana cikgu itu mengajar... serta, kejayaan pada murid-muridnya yang lepas... bagus atau tidak keluaran sekolah tersebut... barulah ibu bapa akan berpuas hati... setahun sebelum menyekolahkan anak, tanya-tanya pada jiran atau ahli keluarga yang pernah atau ada menghantar anak mereka ke sekolah tadika atau prasekolah tersebut... selain itu, pergi sendiri ke sekolah tersebut sebelum mendaftarkan anak, agar dapat memerhati keadaan sekeliling dan keadaan kelas tersebut...



BARULAH PUAS HATI... jangan sampai dah seminggu sekolah, anak masih menangis kerana tidak mahu sekolah... ini akan menambahkan kerungsingan...

apa yang saya kongsikan ini, adalah perkara yang benar-benar terjadi... dan saya hanya sekadar berkongsi... bukan niat di hati untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa... kerana saya juga seorang guru...


sekian...
-rindu mello lolla-
"cikgu pj"