jUsT tO SaY

Monday, November 7, 2011

USAHA + TAWAKAL = INSYAALLAH BERJAYA

Alhamdulillah...aku panjatkan rasa syukur ku ke hadrat Ilahi, kerana Dia telah memberikan aku peluang untuk terus bernafas di atas muka bumiNya yang serba indah ini...aku juga masih diberikan peluang untuk melihat setiap ciptaanNya dengan penuh rasa tawadho'...Ya Allah, terima kasih, kerana masih berikan aku masa untuk terus melihat dan merasai nikmat yang engkau berikan...mudah2an, aku akan gunakannya semuanya untuk ke arah kebaikan...aamiiin...

hari ini, raya korban kami sekeluarga agak sedikit hambar...sama seperti raya puasa tempoh hari...pemergian arwah mak long, cukup memberikan impak pada kami sekeluarga...Allah lebih sayangkan arwah, mudah2an maklong tenang di sana...

emak pesan, untuk menyediakan diri agar dapat menduduki peperiksaan terakhir sepanjang 11 semester aku di IPGKSAH...tapi, aku masih belum lagi study...aku sendiri x pasti, kenapa...mungkin aku masih lagi memikirkan hal2 yg tidak sepatutnya...buku ada, nota pun ada...internet pun ada, agar dapat berhubung dgn rakan2...memudahkan bertukar-tukar nota...tp, semua itu, masih belum terlaksana...hanya tinggal 2 hari je lagi...

fikiran ini...fikiran ini...entahla...aku pun x pasti...aku cuba buka buku yang bertajuk "GURU DAN CABARAN SEMASA"...namun, sia2 sahaja...aku gagahkan diri untuk memaksa segala nota2 berkaitan dibaca...namun, ianya hanya sekejap saja...

waktu ini, apa yg mampu aku lakukan...tarik nafas dalam2...tahan 8 kiraan...kemudian hembus ikut mulut...aku berfikir sejenak, untuk apa aku baca???kemudia semua jawapannya datang ke dalam fikiran...dan ia terus terasa di hati...demi diri sendiri...untuk emak dan ayah...dan demi anak bangsa yg bakal aku didik satu hari nnt...

Doa Penerang Hati...(1)
doa ini perlu dibaca untuk menerangkan hati kita...agar semua urusan pembelajaran menjadi mudah...mudah2an, Allah memberkati setiap ilmu yang dipelajari...

Doa Penerang Hati...(2)
doa ini pula untuk memudahkan membaca dan menghafaznya...mudah2an, apa jua yg dibaca, akan memudahkan kita semua untuk menghafaznya...mengingatnya dan digunakan untuk kebaikan...

akhir sekali, aku perlu kuatkan semangat...x boleh mengalah di saat2 akhir...dan tawakal pada Allah tidak boleh dilupakan...semoga usaha dan tawakal yg dilakukan, memperoleh kejayaan...aamiiin...


1 comment:

  1. mudah2an, peperiksaaan kali ni, dapat jawab dengan baik, tenang, dan ingat semua yg telah dibaca...

    ReplyDelete