jUsT tO SaY

Thursday, November 17, 2011

bicara HATI mello lolla...




benar kata orang, "seorang perempuan sanggup memendam rasa cintanya buat seorang lelaki biarpun ia mengambil masa lebih dari setahun"...dan kini, aku faham ape yg dimaksudkan dgn kata-kata itu...dan ianya terjadi kepada diri ini sendiri...


aku sendiri tak pasti dari mana hadirnya perasaan itu...aku sendiri masih lagi curiga dengan keadaan ini...namun, aku tak mampu nak pendamnya seorang diri...seperti mahu sahaja aku ungkap kata-kata cinta itu kepada mu... ikhlas lahir dari hati ini... tapi, AKU MALU...kerana aku masih tidak yakin dengan apa yang aku rasa...adakah engkau rasa apa yang aku rasa???huhuhu...andainya, kau dapat merasainya, aku sentiasa tersenyum mesra buatmu walaupun aku jauh dari diri mu...


sehari tak dapat lihat wajah mu, aku seperti kehilangan...kehilangan semangat untuk terus tersenyum dengan seikhlas hati...dan kalau dirimu mahu tahu, gambar mu ku jadikan pengganti...kerana itu sahaja yang AKU MAMPU...(aku tak mampu untuk bersua muka dengan mu)...


sehari tak ku dengar suaramu, kurasakan aku terlalu merinduimu...sehari aku tak lihat senyumanmu, aku rasakan terlalu jauh dari mu...huh...mungkin kerana aku yang sememangnya terlalu FOBIA dengan CINTA dari makhluk Allah bernama Lelaki...


bila dirimu menegur diri ini, ada suatu perasaan yang asing dalam hati...terasa,sangat terasa...aku sendiri jadi tak keruan...bila kau pandang wajah ini, aku tak mampu untuk membalas pandanganmu...kerana aku menjadi seperti salang tingkah...aku yakin, yakin yang sememangnya aku tak mampu untuk menatap wajahmu...kerana aku akan terasa degupan jantung ku seperti "BARU LEPAS LARI 2.4KM"... huhuhu...pernah jua aku mencuri pandang wajahmu...namun, cepat2 aku alihkan pandanganku, agar tiada siapa yang mencurigainya... bila dirimu berada dekat dengan diriku...aku tak mampu untuk berkata-kata... kerana aku terlalu "GEMBIRA"... seperti dunia milik "KITA"...ada sesuatu yang hadir dalam diri ini...nafas ku jadi kelam kabut...degupan jantung ku...hah!!!susah untuk aku gambarkan...hanya hati ini dan Allah sahaja yang tahu...


bila ku fikirkan semua, bila ku imbas segala kenangan bersama...banyak perkara yang kita buat bersama... banyak benda yang kita kongsi berdua...terima kasih kerana sudi bantu saya diwaktu saya susah... terima kasih kerana sudi beri saya kata-kata semangat... terima kasih kerana sudi jadi kawan saya...terima kasih kerana sanggup pinjamkan harta awak untuk saya guna... terima kasih dari dunia hingga akhirat...halalkan segala makan dan minum saya...


buat diri awak, saya doakan semoga berjaya dalam setiap lapangan yang awak ceburi...semoga Allah merahmati diri awak di dunia dan di akhirat...AAMIIIN...


seandainya perasaan yang saya rasa itu, awak juga rasa...mungkin ianya satu petanda...
seandainya JODOH dari Allah telah menentukan kita untuk bersama(ikatan yang sah), semoga kita dapat melaluinya dengan sabar dan akan cuba untuk melengkapkan kekurangan diri masing-masing dengan kelebihan yang ada...
seandainya, kita ditakdirkan untuk bercinta...saya mahu kita bercinta selepas kita *****...itu sahaja...




namun, saya tahu, saya tak layak untuk diri awak...
banyak sangat jurang perbezaan kita...
hanya doa dari saya buat diri awak...
semoga awak bahagia di samping insan tersayang...
akhir sekali,saya berharap agar dapat awak faham,
saya hanyalah seorang perempuan biasa...






No comments:

Post a Comment