jUsT tO SaY

Sunday, August 7, 2011

dugaan bertunang

setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini, dijadikan berpasangan oleh Allah s.w.t...seperti shah jahan dengan mumtaznya, seperti bulan berganti tugas dengan matahari, seperti siang dengan malam, seperti aur dengan tebing...masing2 perlu memainkan peranan dalam kehidupan untuk memenuhi keperluan masing2...

inilah kisahnya, apabila AKU dah pun bertunang...nak kata terlalu SWEET, x juga...biasa2 sahaja... HAHAHA... AKU berkenalan dengan MR.A selepas majlis perkahwinan sepupu AKU...MR.A ni jadi pengapit pengantin lelaki, dan AKU sendiri jadi pengapit pengantin perempuan...tetapi nak dijadikan cerita, AKU tak perasan pun kat MR.A ni...sungguh memg x tipu...ni cerita benar...bila diceritakan kepada kawan2, ramai yang gelak...sampaikan MR.A gelak guling2 sebab cerita itu...MR.A kata AKU sombong, itu yang tak perasaan.

KAMI ambil masa lebih kurang setahun untuk berkenalan dan KAMI "JATUH CINTA"...owh, how sweet...(poyo nyer lah statement ni)...KAMI bercinta jarak jauh...kesian kat KAMI... nak jumpa pun, sebulan tak sekali...tetapi, kesetiaan dan kejujuran itu menjadi penguat CINTA KAMI...

tarikh 11 Mac 2011 menjadi tarikh yang penting di mana, family MR.A datang untuk merisik...waaaahhhhhhh......AKU nak dirisik???(disiasat oleh siapa lah pulak) macam tak percaya jer...AKU terima dirinya seadanya, dengan harapan MR.A juga dapat menerima diri ini seadanya...AKU seorang yang sederhana sahaja dari segala segi...(haaadddoooiiii, merendah diri la plak...sengal jerrr....)

3 bulan selepas itu, KAMI pun BERTUNANG...disaksikan ramai orang,(seriusly ramai)...MR.A kata dalam 20 orang sahaja...tup tup, lebih 50 orang...(memang nak kene dia ni tau)... ALHAMDULILLAH, semuanya berjalan dengan lancar..."2 tahun hidup"???apa tu???hahaha...korang nak tau ker???

2 tahun hidup, dalam tempoh 2 tahun, ada duit boleh on...waaahhhhh..."ada duit sudah, ari ni juga nak nikah"...(mampos aku kalau wakil pihak lelaki kata gitu)...tak lah, gurau jer...panjang sangat mukaddimahnya...cerita dugaannya tak masuk lagi...huhuhu



sehari bertunang, ok jer semua...seminggu bertunang, semakin sayang, rindu dan cinta yang amat...(adui,blusher sudah)...masuk sebulan, ada gaduh2 manja...tetapi, bermulalah dugaan datang menimpa...dugaan yang bagaimana???orang tua2 kata, bertunang jangan lama2...tapi, AKU ni yg gatal...MR.A dah minta nak awalkan, tapi aku yang beria nak lambat...banyak sangat alasan yang AKU bagi...(lama2 jd tension)...banyak lagi perkara yang berlaku...namun, AKU panjatkan DOA kepada YANG MAHA ESA...segala rasa yang ada di dalam hati, AKU luahkan dengan penuh rasa khusyuk dan tawadho'...

perasaan semasa bertunang ni pun macam2 rasa...naka tau apa rasanya???sambung lagi bacaan anda:
  • Mudah sangat nak terasa hati...sikit-sikit nak merajuk... benda remeh pun nak sentap... sampai kadang-kadang susah nak kawal... Akal kata jangan merajuk, tapi hati kata nak merajuk jugak...Biasanya hati yang menang (atau iblis yang menang?? hurmm..fikir-fikirkan..)
  • Bila tak dapat jumpa, rasa nak marah…sebelum tunang, tak jumpa sampai sebulan pun steady je... selepas tunang, kalau boleh setiap weekend nak jumpa...
  • Perbualan dalam telefon selalu berakhir dengan air mata, tak pun dengan hati yang kecewa...Tapi bila depan mata, happyje...tak ada pun gaduh-gaduh... Pelik lah...
  • Terasa susah nak kumpul duit... Ini sejak 3-4 bulan lepas...Sebelum elaun masuk, dah plan nak simpan lebih sikit...tapi bila elaun dah masuk je, tiba-tiba ada je benda yang kena pakai duit...Terpaksa bawa plan ke bulan depan...dan begitulah seterusnya…bila timbul masalah kewangan, lain pulak hal nya...
  • Bila dah bergaduh tu, mula la terfikir “betul ke dia ni pilihan yang tepat??”, “selamat ke/bahagia ke kalau kahwin dengan dia ni??”…Hurmmm…hati kena tetap kalau tiba-tiba terfikir macam ni…Jangan terpedaya hasutan syaitan…
  • Mula ada godaan orang ketiga... Kalau sebelum ni pakai cantik-cantik pun tak ada siapa nak ngorat, tiba-tiba lepas tunang, pakai simple je pun dapat hon-hon nakal…yucks!!
  • Kekasih lama... Dah lama hilang, tiba-tiba muncul...
  • Bila nak pilih tarikh kahwin, ada je rasa nak tangguh-tangguhkan…contohnya, dari pertengahan tahun jadi hujung tahun…
  • Hasutan dan bisikan syaitan nak tengok kita buat maksiat sangat kuat... walaupun dah bertunang, yang haram tetap haram...Elakkan untuk keluar berdua...Bila jalan-jalan tu, bawaklah kawan-kawan ke, anak buah ke...
haaa.....nnt, bila korang lak bertunang, korang pun akan rasa...Allah itu Maha Adil...setiap orang akan diuji ketakwaannya...(bukan mendoakan korang tak bahagia)...jangan salah faham...dengan dugaan yang datang ini lah, akan buatkan kita semakin rapat dengan Allah...dugaan ini jugalah yang semakin mematangkan kita dalam membina SEBUAH MASJID YANG DIRAHMATI ALLAH...aamiiin...nudah2an, semuanya akan mengecapi kebahagian yang diimpikan...

perkara yang penting dalam sebuah ikatan pertunangan ialah KEIKHLASAN, KEJUJURAN DAN KESETIAAN...selalu2 lah berdoa kepada ALLAH:

Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, kami memohon perlindunganMU dari gangguan iblis dan syaitan, dari perasaan benci dan syak wasangka, serta dari khianat dan hasad dengki manusia.. Kami memohon pelihara dari MU Ya ALLAH, agar hubungan ini kekal bahagia hingga ke syurga..Amin Ya Rabbal ‘Alamin...


kepada semua, perkara yang mesti didahulukan lakukan SOLAT ISTIKHOROH untuk mendapatkan petunjuk dan kepastian dari ALLAH S.W.T...semoga, kita semua beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat...


No comments:

Post a Comment