jUsT tO SaY

Thursday, December 4, 2014

kumbanggrafik 2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalammualaikum w.b.t

Lama sudah tidak menjenguk blog saya. Lama juga tidak menaip di laman ini. Rindu mahu menaip panjang-panjang. Harap tidak akan menjemukan sesiapa yang membacanya.

Dalam entry sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa yang saya telah membuka perniagaan BUTTON BADGE secara kecil-kecilan. Alhamdulillah, perniagaan mendapat sambutan. Penat, jangan cerita. Tetapi, seronok terasa apabila pelanggan memuji. "Wah, cantinya!" "Ok, saya suka!"

ALHAMDULILLAH

Terima kasih, Ya Allah di atas segala rahmat dan kurniaan Mu.

Sekarang ini, bekerja dengan lebih usaha untuk menjana pendapatan. 9/10 rezeki di dunia ini adalah peniagaan. tidak salah mencuba, asalkan minat dan ikhlas dalam melaksanakan setiap pekerjaan.

saya tidaklah, mengejar keuntungan semata-mata. Ada yang saya bagi harga murah sehinggakan keuntungannya kecil sangat. Dengan keberkatan dari Allah, rezeki saya bertambah. Kadang-kadang, rezeki datang tanpa diduga.

Kepada individu di luar sana, yang ingin mendapatkan BUTTON BADGE dari kami, sila ke:

fb : Kumbang Grafik
insta : kumbanggrafik

Apa yang ada di Kumbang Grafik??? Tengok di bawah ini... Pasti menarik...


Apa yang ada lagi??? Ada pakej yang BEST lagi AWESOME kawan-kawan...


Apa? Nak tengok gambar barang? Boleh, tiada masalah... Lihatlah... Cuci-cuci mata apa yang ada...











Ada lagi... Tengok yang di bawah ini pula...







Boleh letak gambar sendiri atau rakan-rakan. untuk dijadikan hadiah atau kenag-kenangan. Lebih banyak tempah, lebih baik.

Maaf ya. Gambar di atas semuanya agak blurr dan tidak terang. Ini adalah kerana pencahayaan kamera talifon kemudian di pindah ke komputer riba. Jangan risau dengan tempahan BUTTON BADGE anda, kerana ianya akan lebih menyerlah dan menarik. Ini adalah kerana kami menggunakan kertas berkualiti. 

Untuk pengetahuan semua, kami menerima tempahan ready made dan custome made. Jika ready made, tempoh dua minggu awal kami perlukan. Jika custome made, kami memerlukan sebulan awal dari hari penghantaran yang diinginkan. Ini adalah untuk memastikan tahap kualiti yang diberi adalah yang terbaik.

Berminat? Ada pertanyaan? Sila Wassup/call/msg di talian 011-25873626 (yaya)

Jangan lepaskan peluang yang menarik ini.