jUsT tO SaY

Tuesday, December 27, 2011

...SENANG di kata tetapi SUKAR untuk di lafaz...

dah baca tajuk di atas??? huhuhu... kali ni, luahan hati diri ini berkaitan sesuatu ungkapan yang mudah dikata namun agak sukar untuk dilafaz... sebenarnya, agak lama dah x tulis ape2 kat blog... malam ni, tergerak hati untuk menulis sesuatu...


kerana pulut santan binasa...
kerana mulut, badan binasa...

mulut memainkan peranan yg cukup penting...peranan yg baik dan juga yang tidak...

bila sesuatu ungkapan hendak disampaikan kpd seseorang, ianya susah untuk dituturkan...namun, senang pula untuk diperkatakan oleh semua org... "alah, bukan susah pun...cakap jelah"... nampak macam senang...tetapi, hakikatnya ianya terlalu sukar...

SUKAR!!! kenapa jadi macam ni???sukar sama erti dengan susah...susah tu ape pula??? susah tu sukar lerr... " itu pun x tau ker? "...huhuhu...jgn marah...susah???sukar???kenapa jd macam itu??? semua ni terjadi kerana ianya sering berkait dengan sesuatu perasaan atau luahan rasa yg ingin dinyatakan atau disampaikan...kadang2, ianya boleh membawa kepada salah faham...salah anggap le tu... dan kadang2, ada sesetengah org sanggup berlakon untuk menjaga hati dan perasaan org lain daripada mengaku yg sebenarnya...(same like me)... HELLO!!!ini bukan drama ok... ini memg realiti...

ok, kembali ke alam nyata... mesti ramai yg setuju... sebagai manusia yg punya hati, perasaaan dan berperikemanusiaan, banyak yg disimpan di dalam hati demi menjaga nama baik n maruah sendiri serta keluarga...contohnya:


 


1) SAYA DAH JATUH HATI/CINTA DENGAN AWAK... <3
betulkan???ada ramai yg sanggup simpan je perasaan yg dia rasa drpd diluahkan kpd org yg dia suka...dan kadang2, dia sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan org yg disayangi itu tidak kecewa atau terluka...hmmm... ini memg kes berat...tp memg ini yg berlaku...kenapa???sebb ada yg tidak berkeyakinan untuk mengungkapkan kata2 tersebut...perasaan x pasti pun ada dan ragu2...takut cinta ditolak...lagi pun, ini berkaitan dengan maruah...kalau ditolak, mahunya rasa malu yg menebal itu akan menyebabkan hubungan persahabatan terputus...susah kan???siapa kata senang???bak kata pepatah, "BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL"...



2) SAYA NAK MINTA MAAF KERANA SAYA TELAH BUAT SALAH KEPADA AWAK...
perkataan maaf adalah satu perkataan AZIMAT sebenarnya...korang nak tahu kenapa???MAAF... dengan maaf, banyak perkara oleh berubah...dari bermusuhan, boleh menjadi sahabat...dari berperang, boleh jadi aman dan damai...sebenarnya, maaf yang dimaksudkan ialah maaf yang IKHLAS...TULUS DARI HATI... bukan sekadar dibibir dan bukan pula sekadar untuk mengaburi banyak mata...kadang2, perkataan maaf ini disalah guna menyebabkan lain jadinya...sebab itu, ramai yg susah nak minta maaf...kan3???sebenarnya, meminta maaf x susah...yg penting, hati mau bersih maaa...

ye, 2 benda ni memang benar2 berlaku...betulkan korang semua???dan sebenarnya, 2 perkara ni berlaku pada saya juga...susahkan nak faham hati dan perasaan diri sendiri...apatah lagi nak faham hati dan perasaan orang lain...lagi lah susah/sukar/payah...

"kalau dah suka, ngaku jelah...cakap depan2...ape yg lambat sangat...melepas, padan muka..."

waahhhh...cakap mcm ni memang la...senang...cuba kene pada diri sendiri...haaa...baru kau tau nnt...ingat nak cakap suka, sayang n cinta ni, bley ker sesuka hati???pada pendapat saya, ianya x boleh diluahkan dengan sesuka hati...perlu dengan cara yg betul...jangan main2...lagi satu, bila dah diluahkan dan ada jawapan...jeng...jeng...jeng...persiapan diri adalah penting...dia terima atau tidak itu adalah hak si dia... cinta tak boleh dipaksa... ingat, X BOLEH DIPAKSA... jgn terlalu mengharap, tetapi jgn pula ambil ringan... klau si dia terima ucaplah ALHAMDULILLAH...bersyukur lah...sesungguhnya, si dia juga mempunyai perasaan yg sama... namun, jika sebaliknya, jgn pula berasa malu atau merendah diri... kamu perlu rasa bangga, kerana kamu seorang yang kuat dan berani...berani untuk menyatakan kebenaran yang kamu suka dia...kamu kuat, kuat untuk menerima jawapan dari si dia... betulkan??? lelaki atau perempuan...dunia sekarang dah x da istilah "PERIGI CARI TIMBA"... klau org dulu2, memglah guna istilah itu... tp kita sekarang berada di zaman serba canggih... sedangkan Saidatina Khadijah pun berani untuk menyampaikan hasrat hatinya kepada Baginda Rasulallah s.a.w... bermakna, x salah kalau ada perempuan yg menyatakan hasrat hatinya kepada kaun adam... jangan pula nnt, ada kaum adam yang kata "TAK MALU PUNYA PEREMPUAN"... ini salah...so, terang2 dah kita tahu, lelaki ni memang x blaja agama...  (jangan marah)...di sini, yang ingin saya katakan, bersikap berani itu sebenarnya x salah...yang penting masanya yang sesuai dan perkara yg dilakukan adalah betul...



"kau yang dah buat salah, pandailah kau minta maaf dengan dia..."

owh, susahnya...sebab manusia punya ego...walaupun salah, tetap nak jadi yg betul...inilah senario yg sering berlaku di kalangan orang kita... untuk peringatan, terutamanya saya sendiri...tiada manusia yg sempurna di muka bumi ini...kita hanya manusia biasa...kita semua sama...walaupun berbeza pangkat dalam pertubuhan organisasi besar, namun kita tetap MAKHLUK ALLAH yang dikasihiNya... sedangkan Nabi Muhammad s.a.w boleh memaafkan setiap org yg melakukan kejahatan terhadapnya, inikan pula kita manusia biasa yg hidup di akhir zaman...bukankah, bermaafan itu lebih baik??? namun, sukarnya untuk meminta maaf dan mengaku akan kesalahan yg telah dilakukan...ohhhh...macam mana ni??? HATI...ya!!! dia yg perlu diperbetulkan... niat yg ikhlas untuk memintaa maaf, tentu akan dimaafkan... tetapi, sekiranya maaf kamu tidak diterima jangan cepat melatah...berilah masa kepada org tersebut... dan berdoalah agar hati org itu akan dilembutkan dan akan menerima maaf kamu...

dan kepada manusia2 yg menerima kata cinta/luahan hati dan kata maaf daripada seseorang, JANGANLAH KAMU BERTINDAK KEJAM... berfikirlah dengan baik dan jelaskan dengan cara yang betul...semuanya akan jadi lebih baik...percayalah...jika hari ini kamu berlaku kejam terhadap saudara mu sendiri, kamu juga akan diberikan balasan suatu hari nanti...dan percayalah juga, jika kamu berlaku baik, kamu akan menerima balasan yang baik dari Allah...

semoga kita semua mampu untuk meluahkan rasa cinta kita dan mampu untuk meminta maaf sekiranya berbuat salah... 


"BERANI KERANA BENAR"
"TAKUT KERANA SALAH"

sekian...
-rindu mello lolla-