jUsT tO SaY

Sunday, August 21, 2011

isteri, tempatnya di sisi suami...


bila tulis tajuk ni, teringin sekali menjadi ISTERI SOLEHAH buat bakal suami...memang itu impian setiap wanita yang bernikah dengan suaminya...termasuklah saya...namun kadang kala, impian itu tak dapat terlaksana bila ada sesuatu yg menimpa...mudah2an, semua yang diimpikan akan tercapai dengan izin Allah dan diberkati Allah...

ada satu cerita yang saya nak share...ini kisah benar yg berlaku kpd seorang wanita bergelar ISTERI...kita jadikan ianya sebagai pengajaran dan berlaku baiklah wahai ISTERI terhadap SUAMI mu...kerana setiap pahala yang suami mu dapat, kamu juga memperolehinya...tidakkah itu satu ganjaran yang sangat bagus untuk wanita yng bergelar ISTERI???oleh itu, jalankan lah tanggungjawab dengan penuh kerelaan dan keikhlasan...janganlah sekali-kali ada perasaan terpaksa kerana ia akan mendatangkan kemurkaan Allah...

sama2 lah kita hayati kisah ini...semoga, puan empunya cerita ini berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa diberkati Allah...saya harap, puan empunya cerita tak marah saya share cerita ini...ini sebagai iktibar agar semua wanita yang bergelar ISTERI memperolehi keberkatan dari Allah...

Kisah benar- petikan dari majalah NUR- cahaya keinsafan.

Untuk renungan bersama... insyaAllah.. .

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba di pupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.

Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua... ... ...

... .di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tetapi keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu taat berbakti kepada suami.

Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumahtangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.Kami dianggappasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya.Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.

Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata unutk melayan Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumahtangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.Sebagai seorang yang juga sibuk di pejabat, adakalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah di dalam rumahtangga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.

Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul limapetang saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penat dan letih tidak dapat digambarkan. Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat.Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak,bermain- main dan bergurau senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada pada petang itu.

Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-masing penat. Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak,sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut dipinggir bandar. Dengan senang saya dan anak-anak menyetujuinya. Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya,kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada hari lagi untuk esok. Selain anak-anak,suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu. Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil.

Anak-anak yang kekenyangan segera mengantuk dan lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirnya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi.Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.

Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab.Sehinggala h saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dalam kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital,tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya dan saya tidak sempat bertemunya. Meskipun redha dengan pemergian suami,tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya didunia ini.Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak redha terhadap saya pada malam itu,maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.

Sabda Rasulullah s.a.w, "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur,tiba-tiba di tolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."

Sehingga kini,setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir ke pipi.Saya akan bermunajat dan mohon keampunan daripada Allah.

Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya..


bicarahati: menitik air mata membaca kisah ini...mudah2an arwah suami puan, ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...dan kpd puan, semoga dapat menjalani kehidupan ini dengan penuh kegembiraan walaupun tanpa insan yang tersayang di sisi...

p/s: berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul...semoga, saya (yang bakal menjadi isteri kepada MR.A), akan dapat menjadi ISTERI SOLEHAH buat awak...mudah2an, ALLAH s.w.t akan memberkati hubungan kita dan impian kita akan terlaksana...aamiiin..


..."jika isterimu menangis di hadapanmu wahai suami"...



Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai kaumku bergelar suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”



Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI-ISTERI yang soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Tuesday, August 16, 2011

tugas guru



apa tugas sebagai guru???
..."tugas guru memberi dan mencari ilmu"...

guru perlu berilmu kerana tugas hakikinya ialah menyampaikan ilmu kepada mereka yang mencari ilmu.makanya, jika guru kurang atau cetek ilmu pengetahuan, bagaimana pu

la hendak dicurahkan kepada si pencari ilmu???ini juga bermakna, guru itu sebagai lilin yang menggalas kerjaya mulia menyebarkan ilmu pengetahuan.suka atau tidak perlu sentiasa bersedia menambahkan pengetahuan di dada.



semoga pengetahuan seluas sungai akan membesar menjadi sebesar tasik dan lautan yag tidak akan kering airnya untuk disalurkan kepada ramai orang,apatah lagi ada pepatah mengatakan:
"ilmu milik kita hanya setitis daripada air di lautan"...

ilmu di dada sudahlah sedikit,tidak pula ditambahkannya lagi.tidak pula diperkayakannya lagi.tentunya semakin kehabisan ilmu itu apabila dihambat masa dan perubahan zaman.tetapi, apa yang jelas untuk memiliki ilmu seluas lauatan, tentulah bukannya mudah.bukan dengan hanya menggoyangkan kaki atau dengan memetik jari.yang pastinya, deretan pengorbanan dalam pelbagai bentuk perlu dilakukan, perlu ditempuhi untuk memenuhi impian tersebut.

nak jadi cikgu, kene tahu tugas2 yang dipikul...dan nak jadi cikgu, ingat kembali memori kita menjadi pencari ilmu kepada cikgu di sekolah dulu...sewaktu kita masih kecil...kosong,tetapi apabila pulang ke rumah, kita mempunyai sesuatu yang dipanggil ilmu...ada di dada, sebagai pegangan, ada di akal untuk digunakan...kepada guru2 ku semua:

AKU YAKIN SUDAH DEWASA
(buat guru2 ku yang mengajar aku menjadi manusia)


masihkah kau melangir kasturi...
pada keris bicaramu???
kau yang menikamku...
jauh ke sudut hati...
darahnya menitis sehingga kini...
'menjadikanku manusia, yang hidup dengan manusiawi...


aku menyusur dunia...
dalam hidup yang pekat...
dengan putih dan hitam saling berselirat...
ah-akulah yang tersadung oleh cita sendiri...
sebelum kerismu mengejarku bangkit kembali...

guru,
dunia sudah menjadi kecil...
seperti mana aku yang dahulu kecil
dalam matamu...
aku yakin sudah dewasa...
terima kasih...semuanya kerana ilmu darimu...wahai GURU!!!...


Saturday, August 13, 2011

terima kasih emak...terima kasih ayah...


EMAK & AYAH adalah segalanya dalam hidup ini...tanpa mereka, siapalah kita...tanpa mereka, tiadalah kita...tanpa mereka, sunyi terasa...

EMAK & AYAH...
UMMI & WALID...
PAPA & MAMA...
IBU & ABAH...

mana2 pun, sama sahaja maksudnya...namun, pengertian yang terkandung di sebalik segala tanggungjawab, peranan dan kerja yang perlu digalas itu adalah lebih besar daripada segalanya...
cuba kita bersama2, kenang kembali segala jasa dan pengorbanan EMAK & AYAH dari kita kecil hingga besar...
1) berada di dalam rahim EMAK selama 9 bulan 10 hari...
(pernah x kita bertanya kepada EMAK & AYAH, apa yang dilalui mereka untuk menjaga kita di dalam kandungan???ada rasa loya1, nak muntah...ada
pula rasa mengidam nak makan macam2...ada yang meroyan...ada yang x boleh bau suami...harap2, bila anda(saudari2 wanita yang akan mengandung atau yang sedang mengandung dijauhkan dari segala yang tidak baik...) pernahkan anda terfikir akan kesusahan EMAK membawa kita sentiasa bersama ke mana2 sahaja???)
2) AYAH bekerja keras mencari wang untuk membiayai kos EMAK bersalin dan membeli barang keperluan bayi yang bakal di lahirkan...
(pagi hingga petang, bekerja di pejabat...malam, buat lagi kerja part time...nak cari duit lebih...agar bayi yang bakal dilahirkan, cukup segala keperluan dan kelengkapan...fikir susu, lampin, baju, ubat-ubat untuk EMAK, dan macam2 lagi)
3) jerit perih EMAK melahirkan kita...
(teran...teran lagi...tarik nafas,hembus...tahan, sikit je lagi...kepala dah nampak tu...push, push,push...terbayangkah anda keadaan EMAK anda sewaktu m
elahirkan diri anda???)
4) membesarkan kita...
5) memberi kasih sayang dan belaian dari EMAK & AYAH...
6) memberi didikan untuk dunia dan akhirat...
7) memberikan wang perbelanjaan sepanjang persekolahan...
8) sebagai penasihat dan pembimbing dalam menyelesaikan masalah atau sewaktu membuat keputusan...
9) menjaga sewaktu sakit...
(demam, sakit gigi, sakit perut,terseliuh...itu yang biasa2, kalau penyakit2 yang kronik pula mcm mane???)
10) membelikan pakaian, kasut/selipar,tudung/so
ngkok...
11) mengajar mengaji...
12) pemerhati dalam kehidupan seharian...
(walaupun EMAK & AYAH jauh, namun mereka x pernah lupa untuk bertanya khabar dan sentiasa mengambil tahu apa yang kita buat, apa yang kita makan, apa yang kita belajar, apa yang kita kurang, apa yang kita perlukan...)
--> dan banyak lagi...x termampu nak taip segalanya...

begitulah jasa dan pengorbanan dari seorang EMAK & AYAH yang sentiasa mendoakan kejayaan buat anak2 mereka di dunia dan di akhirat...sehinggakan adanya pepatah orang2 lama:
"emak dan ayah mampu menjaga 10 orang anak,
tetapi
seorang anak, belum tentu mampu menjaga emak dan ayah"...

berapakah nilainya EMAK & AYAH kita itu???adakah mereka bernilai seperti seladang gandum???adakah mereka bernilai seluas lautan di bumi ini???adakah mereka bernilai seperti sebentuk cincin emas bertatahkan berlian???adakah mereka bernilai seperti segunung timbunan wang???adakah mereka bernilai seperti berrelung-relung padi di sawah???

kita sebagai anak, tidak mampu mengungkap segala jasa dan pengorbanan mereka...kita sebagai anak tidak mampu mengerti jerit perih mereka...kita sebagai anak selalu terlupa, alapa, lalai kepada mereka yang selama ini perlu diberikan perhatian dan diberi kasih sayang...
apakah ertinya, jika kita kaya raya, duit melimpah di dalam akaun bank, tetapi EMAK & AYAH tidak pernah mendapat kasih sayang dan belaian dari anak2 mereka...oh, sedihnya diri ini setiap kali terbaca di ruangan majalah atau akhbar di mana orang tua di hantar ke pusat jagaan orang2 tua...itu tidak berapa lagi, kerana sekurang-kurangnya masih ada yang menjaga...yang paling sadis, apabila berita mengenai EMAK DISEPAK SEWAKTU SEDANG BERSOLAT...AYAH DIPUKUL DENGAN HELMET GARA2 TIADA DUIT...EMAK DITIKAM ANAK KERANA TIDAK BERI GERAN TANAH PUSAKA...AYAH DISEMBELIH...EMAK TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG SELEPAS ANAK MENJUAL RUMAH DAN TANAHNYA TANPA PENGETAHUAN...

ini baru sikit...ada banyak lagi...tapi, adakah kita mengambil iktibar dari semua cerita ini???bibir ini x mampu untuk berkata-kata apabila membaca berita seperti di atas...alahai anak...di manakah kasih sayang yang emak berikan dulu???di mankah engkau campakkan hati budi mu yang emak ajarkan dulu???di manakah engkau letakkan tanda hormat mu kepada ayah???

terlalu rendah martabat anak2 yang melakukan sedemikian...terlalu cetek ilmu mereka ini...siapakah yang menjadi idola mereka sehingga sanggup dan tergamak melakukan sedemikian rupa???

di dalam al-quran, allah tidak pernah sekali-kali membenarkan kita melawan kata2 EMAK & AYAH walaupun dengan sepatah perkataan, contohnya "ahh"...itu pun sudah berdosa...apatah lagi yang mengguris hati mereka...

Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Seorang wanita telah datang kepada Sayyidatina Aisyah r.a. Maka Aisyah memberikan kepadanya tiga biji kurma. Kemudian, wanita itu memberikan dua biji kurma kepada dua orang anaknya. Sebiji lagi dipegang untuk dirinya. Setelah kedua-dua anak itu selesai makan kurma masing-masing, mereka pun meminta kurma yang masih ada di tangan ibunya. Lalu si ibu membahagikan kurma itu kepada dua, lantas memberikan kepada setiap seorang anaknya sebelah kurma. Apabila datang Rasulullah s.a.w. maka Aisyah menceritakan hal itu kepada Baginda. Lalu Baginda pun bersabda kepada Aisyah: “Kenapa pula adinda hairan dengan apa yang berlaku itu? Sebenarnya Allah telah merahmati si ibu itu sebagaimana dia merahmati anak-anaknya.”

WAHAI SAHABAT2 KU, WAHAI SAUDARA2 KU...marilah kita bersama2 merenung sejenak akan jasa dan pengorbanan kita pula sebagai anak...pernah x kita memberikan kasih sayang kita buat mereka???(jangan tahu beri kasih sayang kepada boyfriend/girlfriend jer)...pernah x kita mendoakan kesejahteraan buat EMAK & AYAH kita???(janganlah hanya tahu berdoa untuk kahwin cepat sahaja)...pernah x kita menghulurkan wang setiap bulan selepas kita mendapat pekerjaan walaupun hanya bernilai rm5.00???(jangan dok membazir beli hadiah mahal2 untuk pikat dan amik hati bf/gf sajer)...pernah x terfikir untuk membantu EMAK & AYAH menunaikan HAJI/UMRAH di tanah suci Mekah???pernah x terlintas di fikiran untuk menjaga sendiri EMAK & AYAH diwaktu mereka tua nanti???pernah x kita memberikan ucapan "selamat hari lahir" dan "selamat ulang tahun perkahwinan" EMAK & AYAH???...ingatkah kita pada tarikh2 penting mereka???pernah x kita memberikan hadiah yang tidak disangka-sangka buat EMAK & AYAH WALAUPUN ianya tidak semahal mana???

"WAHAI ANAK2 KU...
BUKAN HARTA YANG KU PINTA...
BUKAN EMAS YANG KU CARI...
BUKAN WANG RINGGIT YANG KU IDAMKAN...
NAMUN, HATI INI MENGINGINKAN,
KASIH SAYANG DARI MU WAHAI ANAK2 KU...
PERHATIAN MU YANG KU IMPIKAN...
DOA MU BUAT KAMI,
SEHINGGA KAMI TIADA LAGI,
DI SINI..."

buat EMAK & AYAH tersayang...

Jasa kalian tak dapat aku balas

Kasih dan sayang kalian tak dapat ditandingi

Walau dengan emas dan permata sekalipun

Kasih dan sayang yang kalian hulurkan lahir dari hati yang tulus suci

Tiada paksaan dalam memberikan kasih dan sayang

Kadang-kadang, aku cemburu dengan ketabahan kalian

Aku berfikir sendiri….

Mampukah aku untuk menjadi sekuat dan setegar kalian??

Mampukah aku jadi emak dan ayah sebaik dan seikhlas kalian??

Nilai kasih dan sayang kalian tiada tandingan

Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian

Hanya Dia yang mampu untuk membalas jasa kalian

Aku bersyukur menjadi anak kepada HAJI JALIL BIN KOSMIN & HAJJAH NORIAH BT RASIDAN...

Kasih sayang yang emak dan ayah berikan buatkan aku menangis sendiri… selama aku hidup dimuka bumi ini, aku terharu dengan kasih sayang yang Allah sandarkan pada kalian kepada aku insan yang lemah lagi dhaif ini… Semoga kalian berada dibawah lindungan dan rahmat dari Illahi…aamiiin...

sebelum mereka menutupkan mata mereka, lakukanlah tanggungjawab kita sebagai anak...jangan pernah lupa mereka...dan selalu2lah mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat...peluk mereka...dakap mereka...rasakan hangatnya kasih sayang mereka yang tidak pernah berakhir...jadikan mereka sebagai orang yang terhormat di dalam hidup kita sendiri...hormati mereka...kerana mereka, kita berjaya...

Thursday, August 11, 2011

Jika Aku Jatuh Cinta...

Islam itu indah...Sehinggakan, bila kita jatuh cinta, ada caranya...ada batasnya...ada adabnya...perlu dijaga...jangan sekali-kali, cinta yang datang itu dinodai...jangan sekali-kali, cinta yang datang itu didustai...dan jangan sekali-kali, cinta yang datang itu dibiarkan berlalu pergi...

cinta yang suci itu lahir dari hati yang tulus ikhlas menerima seadanya pasangan masing2...cinta yang suci itu terbit dari hati yang tulus tanpa sebarang paksaan...dan cinta yang suci itu datang ke dalam hati di setiap sudut...kerana itu, sekali cinta itu hadir, selamanya akan terpaut...

cinta yang didambakan ialah cinta dari yang Maha Kuasa...cinta yang dicari, cinta dari kekasih hati...cinta yang datang dan pergi, cinta manusia yang tiada berpenghujung...JIKA AKU JATUH CINTA...BIARLAH IA SELAMANYA DAN HANYA DIA YANG MAHA KUASA...sebagai manusia, siapakah cinta hati kamu???di manakah kamu letakkan ia???dan bagaimana kamu menjaganya???adakah cukup sekadar dengan menyebut kalimahNya???adakah ckup sekadar dengan menyebut namaNya???adakah cukup sekadar dengan menadah tangan kepadaNya???

cinta...CINTA...cinta..."dan jika aku jatuh cinta"

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi

Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amiin…


semoga Cinta yang tercipta, adalah cinta terAgung kepada yang Maha Esa...

semoga cinta yang lahir dalam hati, adalah cinta yang di Redhai Nya...

semoga cinta kita, berada dilandasan kebenaran berpaksikan Agama Islam...

Semoga Allah s.w.t memakbulkan segala doa kita bersama dan kita kan berbahagia selamanya di dunia dan di akhirat dengan izinnya...

sehingga tiba waktu itu, akulah penyeri hidupmu...(orang yang disayangi)...*mr.a*



insyaAllah, cinta yang suci itu adalah yang abadi selamanya...



10 surah yg boleh menghindarkan diri daripada diuji Allah s.w.t


sebagai seorang umat nabi muhammad saw, kita x pernah lari dari diuji oleh Yang Maha Kuasa...tetapi kita sebagai manusia, sering melalaikan diri dengan melakukan terlalu banyak perkara lagha...sehinggakan kita lupa dengan dugaan dan ujian yang didatangkan kepada kita untuk dilihat sejauh manakah ketaqwaan diri kita...

kadang kala, ada di antara kita yang sanggup membunuh diri, minum arak, menelan pil khayal dan sebagainya semata-mata keranan tidak berani menghadapi ujian dan dugaan dari Allah s.w.t...pernahkah kita terfikir, mengapakah ujian dan dugaan diberi???bagaimanakah cara menyelesaikannya???apakah yang perlu dilakukan???siapakah yang terbaik dalam mendengar luahan perasaan yang sekian lama terpendam???(fikir2kan lah)

kita sering alpa dengan semua itu...namun, jalan mudah diambil...inilah yang semakin menyesatkan Umat Islam sekarang ini...ujian dan dugaan yang mendatang dianggap "pembawa malang" dalam kehidupan...pernahkan anda terfikir dugaan dan ujian itu sebenarnya sedang menguji tahap keimanan dan ketaqwaan kita???(renung2kan lah)

bukanlah diri ini hebat dan kuat...tetapi sekadar berkongsi sesuatu yang tak rugi jika dihebahkan...sekiranya anda sedang menghadapi ujian atau dugaan, anda boleh mengamalkan 10 surah yang tertera di bawah...bagi mengelakkan diri daripada menerima ujian dan dugaan juga, digalakkan untuk mengamalkan surah ini serta hayati setiap ayat yang dibaca...ianya akan menambahkan lagi kekhusyukkan kita...

10 surah yang dimaksudkan beserta kebaikannya: (surah yang sememangnya selalu kita baca dan dengar)
1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sebenarnya, semua yang kita lakukan dari bangun tidur sehiggalah tidur balik...perasan atau tidak???jika dilihat, semuanya ayat2 mudah yang boleh kita baca sambil melakukan sesuatu pekerjaan...di dalam solat juga, kita sering membaca ayat2 lazim ini...

betapa mudahnya pekerjaan kita...sambil berdoa, sambil mengumpul pahala...inilah yang dikatakan Allah itu Maha Esa...Maha Mengetahui...Maha Penyayang...dan sebagai hambaNya, kita perlulah sentiasa bersyukur dengan setiap kurniaan yang diberikan...dan jika difikir secara mendalam, segala ujian dan dugaan yang datang, ianya menjadikan kita lebih rapat kepada Allah s.w.t...kita berdoa, kita berusaha, kita bertawakal dan kita akan sentiasa mengingati Allah s.w.t...

oleh itu, janganlah kita menyalahkan takdir sekiranya berada di dalam keadaan yang diuji dan diberikan dugaan oleh Allah...sebaliknya, ambillah peluang yang ada untuk mengenali Allah dengan lebih dekat...

semoga kita semua berada di dalam limpahan rahmat dan keberkatan daripadaNya...Aamiiin...

Monday, August 8, 2011

restoran terapung teluk bayu...




MAKAN!!!MAKAN!!!MAKAN!!!

saper yang x ske makan???dak2 kelas aku semua suker makan...jgn x tau, ade yg badan kurus tu, tapi nafsu makan...mak aih, kalah dinasour...hehe











hehe...sowwy korang...jgn marah...saje nak create crite kelas kiter... cerita SENPAI at restoran terapung teluk bayu...


seramai 22 orang join dinner nie...asenye dalam 6 buah kereta semuanya...termasuklah TUTOR KESAYANGAN kami...excited x terkira dah dalam hati ni...sebab x penah pegi tempat ni...tambah2 lagilah dengar RESTORAN TERAPUNG....waaahhhhhh....memang syok dah ni...x sabo nak sampai...



TUTOR kesayangan kami...Tuan Syed Ahmad Ezahar Bin Syed Ambon...
(sorry yer, gambor nye dimerengkan)...





bergerak dari rumah
dalam pkul 8.30 malam...perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit gak lah...tetapi, korang nak tau x 1 story nie???hihihi...sungguh adventures perjalanan kita orang ke sana...mcm dah nak pergi PENDIDIKAN LUAR pun ada...kene naik kereta untuk sampai ke destinasi yang dituju...kemudian naik sampan lagi...huk3...korang bayangkanlah, dah malam2 tu, kene naik sampan???waahhhh...kalau terbalik, mampus kami semua...x lah, semuanya ok...kami selamat dan masih dipanjangkan usia hingga ke hari ini...ALHAMDULILLAH

bermula dengan jalan besar, hinggalah ke jalan k

ecik...memg muat untk sebuah kereta lalu...kalau berselisih dgn kereta lain, pandai2lah undurkan kereta...mencabar kan???dengan lalu di ladang kelapa sawit...jalan memg gelap...x da lampu jalan, kalau ada pun lampu dari rumah2 orang yg x berapa banyak sgt...dalam gelap2 tu, (dah memang terasa takut lah), permukaan jalan memang syioookkkkk...kui3...sian orang2 yg tggl kat situ...harap2, pasni kerajaan akan betulkan jalan di situ...byk lubang kowt...dah la byk lubang, lubang besar2 lak tu...peeerrrrggghhhh...driver2 semua bawa slow bg mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini...lagi pun, semua nak selamat sampai untuk makan

makanan yg dah diorder...


tiga gadis SENPAI...semuanya telah dimiliki...hik3





akhirnya, sampai sudah...pemandangan agak gelap, hanya ditemani sebatang lampu jalan bercahaya oren...x bape nak cerah...di kejauhan, terlihat cahaya terang yang hidup segan, mati x mau...(tp x tau lah kalau tuan empunya lampu memg buat mcm tu...mgkin nak nmpak romantik)...next kenderaan ialah sampan...


SAMPAN???hahaha...naik sampan menuju ke restoran yang memang disediakan oleh pihak restoran...perjalanan menaiki sampan mengambil masa yang lama iaitu kire2 2-3 minit sahaja...hahahaha...dan yang peliknya, kami x tahu upe2nye tempat ni memg exclusive sgt2...ape yg exclusive???x de orang pun kat restoran tu...pelik...dalam hati tertanya-tanya...kami sahaja ker???ketua perancang dah book satu restoran ker???pergh...memg dah mcm PRIVATE SENPAI DINNER...anyway, tq to mohammad hazwan bin mohd ariff selaku ketua rombongan yg dah susah payah buat arrange dinner ni...


ni lah dia ketuanya...with isterinya n mat grik...






suasana memang romantik...sesuai untuk yang sedang bercinta nak private dinner...mane x nye, nek sampan lagi...pastu sambil makan, ley dengar alunan muzik yg mendayu-dayu...(sebenarnya, mcm nak tetido pun ada)...hihihi...menu malam itu ialah ikan kerapu masak stim, ikan kerapu 3 rasa, telur bungkus, sayur kobis goreng with jus orange...walaupun keadaan sedikit gelap,tetapi still seronok coz semua dak2 kelas happening n sporting...


wah...ada kek...
besday sape ni???ini adalah surprise dari buffon(our capten dinner) kpd MATPEN...di mana, birthdaynye yg ke 24...baik hati buffon...





kak ain n yaya(aku lerrr)...kamilah antara yg terexcited...hik3...kita org satu bilik n satu rumah...yg bestnyer, aku naik satu kereta dgn dier...kacau dier berdating jap dgn pakwe dier...huik3








kenangan kita bersama...selamanya...






akhir sekali, hopefully hubungan adik-beradik SENPAI xkan putus

n 4ever together...tq untuk semua kenangan semasa kita bersama...hopefully, korang xkan lupakan YAYA buat selamanya...
<3 <3 <3

Sunday, August 7, 2011

dugaan bertunang

setiap insan yang dilahirkan ke dunia ini, dijadikan berpasangan oleh Allah s.w.t...seperti shah jahan dengan mumtaznya, seperti bulan berganti tugas dengan matahari, seperti siang dengan malam, seperti aur dengan tebing...masing2 perlu memainkan peranan dalam kehidupan untuk memenuhi keperluan masing2...

inilah kisahnya, apabila AKU dah pun bertunang...nak kata terlalu SWEET, x juga...biasa2 sahaja... HAHAHA... AKU berkenalan dengan MR.A selepas majlis perkahwinan sepupu AKU...MR.A ni jadi pengapit pengantin lelaki, dan AKU sendiri jadi pengapit pengantin perempuan...tetapi nak dijadikan cerita, AKU tak perasan pun kat MR.A ni...sungguh memg x tipu...ni cerita benar...bila diceritakan kepada kawan2, ramai yang gelak...sampaikan MR.A gelak guling2 sebab cerita itu...MR.A kata AKU sombong, itu yang tak perasaan.

KAMI ambil masa lebih kurang setahun untuk berkenalan dan KAMI "JATUH CINTA"...owh, how sweet...(poyo nyer lah statement ni)...KAMI bercinta jarak jauh...kesian kat KAMI... nak jumpa pun, sebulan tak sekali...tetapi, kesetiaan dan kejujuran itu menjadi penguat CINTA KAMI...

tarikh 11 Mac 2011 menjadi tarikh yang penting di mana, family MR.A datang untuk merisik...waaaahhhhhhh......AKU nak dirisik???(disiasat oleh siapa lah pulak) macam tak percaya jer...AKU terima dirinya seadanya, dengan harapan MR.A juga dapat menerima diri ini seadanya...AKU seorang yang sederhana sahaja dari segala segi...(haaadddoooiiii, merendah diri la plak...sengal jerrr....)

3 bulan selepas itu, KAMI pun BERTUNANG...disaksikan ramai orang,(seriusly ramai)...MR.A kata dalam 20 orang sahaja...tup tup, lebih 50 orang...(memang nak kene dia ni tau)... ALHAMDULILLAH, semuanya berjalan dengan lancar..."2 tahun hidup"???apa tu???hahaha...korang nak tau ker???

2 tahun hidup, dalam tempoh 2 tahun, ada duit boleh on...waaahhhhh..."ada duit sudah, ari ni juga nak nikah"...(mampos aku kalau wakil pihak lelaki kata gitu)...tak lah, gurau jer...panjang sangat mukaddimahnya...cerita dugaannya tak masuk lagi...huhuhu



sehari bertunang, ok jer semua...seminggu bertunang, semakin sayang, rindu dan cinta yang amat...(adui,blusher sudah)...masuk sebulan, ada gaduh2 manja...tetapi, bermulalah dugaan datang menimpa...dugaan yang bagaimana???orang tua2 kata, bertunang jangan lama2...tapi, AKU ni yg gatal...MR.A dah minta nak awalkan, tapi aku yang beria nak lambat...banyak sangat alasan yang AKU bagi...(lama2 jd tension)...banyak lagi perkara yang berlaku...namun, AKU panjatkan DOA kepada YANG MAHA ESA...segala rasa yang ada di dalam hati, AKU luahkan dengan penuh rasa khusyuk dan tawadho'...

perasaan semasa bertunang ni pun macam2 rasa...naka tau apa rasanya???sambung lagi bacaan anda:
  • Mudah sangat nak terasa hati...sikit-sikit nak merajuk... benda remeh pun nak sentap... sampai kadang-kadang susah nak kawal... Akal kata jangan merajuk, tapi hati kata nak merajuk jugak...Biasanya hati yang menang (atau iblis yang menang?? hurmm..fikir-fikirkan..)
  • Bila tak dapat jumpa, rasa nak marah…sebelum tunang, tak jumpa sampai sebulan pun steady je... selepas tunang, kalau boleh setiap weekend nak jumpa...
  • Perbualan dalam telefon selalu berakhir dengan air mata, tak pun dengan hati yang kecewa...Tapi bila depan mata, happyje...tak ada pun gaduh-gaduh... Pelik lah...
  • Terasa susah nak kumpul duit... Ini sejak 3-4 bulan lepas...Sebelum elaun masuk, dah plan nak simpan lebih sikit...tapi bila elaun dah masuk je, tiba-tiba ada je benda yang kena pakai duit...Terpaksa bawa plan ke bulan depan...dan begitulah seterusnya…bila timbul masalah kewangan, lain pulak hal nya...
  • Bila dah bergaduh tu, mula la terfikir “betul ke dia ni pilihan yang tepat??”, “selamat ke/bahagia ke kalau kahwin dengan dia ni??”…Hurmmm…hati kena tetap kalau tiba-tiba terfikir macam ni…Jangan terpedaya hasutan syaitan…
  • Mula ada godaan orang ketiga... Kalau sebelum ni pakai cantik-cantik pun tak ada siapa nak ngorat, tiba-tiba lepas tunang, pakai simple je pun dapat hon-hon nakal…yucks!!
  • Kekasih lama... Dah lama hilang, tiba-tiba muncul...
  • Bila nak pilih tarikh kahwin, ada je rasa nak tangguh-tangguhkan…contohnya, dari pertengahan tahun jadi hujung tahun…
  • Hasutan dan bisikan syaitan nak tengok kita buat maksiat sangat kuat... walaupun dah bertunang, yang haram tetap haram...Elakkan untuk keluar berdua...Bila jalan-jalan tu, bawaklah kawan-kawan ke, anak buah ke...
haaa.....nnt, bila korang lak bertunang, korang pun akan rasa...Allah itu Maha Adil...setiap orang akan diuji ketakwaannya...(bukan mendoakan korang tak bahagia)...jangan salah faham...dengan dugaan yang datang ini lah, akan buatkan kita semakin rapat dengan Allah...dugaan ini jugalah yang semakin mematangkan kita dalam membina SEBUAH MASJID YANG DIRAHMATI ALLAH...aamiiin...nudah2an, semuanya akan mengecapi kebahagian yang diimpikan...

perkara yang penting dalam sebuah ikatan pertunangan ialah KEIKHLASAN, KEJUJURAN DAN KESETIAAN...selalu2 lah berdoa kepada ALLAH:

Ya ALLAH Ya Tuhan Kami, kami memohon perlindunganMU dari gangguan iblis dan syaitan, dari perasaan benci dan syak wasangka, serta dari khianat dan hasad dengki manusia.. Kami memohon pelihara dari MU Ya ALLAH, agar hubungan ini kekal bahagia hingga ke syurga..Amin Ya Rabbal ‘Alamin...


kepada semua, perkara yang mesti didahulukan lakukan SOLAT ISTIKHOROH untuk mendapatkan petunjuk dan kepastian dari ALLAH S.W.T...semoga, kita semua beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat...