jUsT tO SaY

Thursday, December 4, 2014

kumbanggrafik 2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalammualaikum w.b.t

Lama sudah tidak menjenguk blog saya. Lama juga tidak menaip di laman ini. Rindu mahu menaip panjang-panjang. Harap tidak akan menjemukan sesiapa yang membacanya.

Dalam entry sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa yang saya telah membuka perniagaan BUTTON BADGE secara kecil-kecilan. Alhamdulillah, perniagaan mendapat sambutan. Penat, jangan cerita. Tetapi, seronok terasa apabila pelanggan memuji. "Wah, cantinya!" "Ok, saya suka!"

ALHAMDULILLAH

Terima kasih, Ya Allah di atas segala rahmat dan kurniaan Mu.

Sekarang ini, bekerja dengan lebih usaha untuk menjana pendapatan. 9/10 rezeki di dunia ini adalah peniagaan. tidak salah mencuba, asalkan minat dan ikhlas dalam melaksanakan setiap pekerjaan.

saya tidaklah, mengejar keuntungan semata-mata. Ada yang saya bagi harga murah sehinggakan keuntungannya kecil sangat. Dengan keberkatan dari Allah, rezeki saya bertambah. Kadang-kadang, rezeki datang tanpa diduga.

Kepada individu di luar sana, yang ingin mendapatkan BUTTON BADGE dari kami, sila ke:

fb : Kumbang Grafik
insta : kumbanggrafik

Apa yang ada di Kumbang Grafik??? Tengok di bawah ini... Pasti menarik...


Apa yang ada lagi??? Ada pakej yang BEST lagi AWESOME kawan-kawan...


Apa? Nak tengok gambar barang? Boleh, tiada masalah... Lihatlah... Cuci-cuci mata apa yang ada...











Ada lagi... Tengok yang di bawah ini pula...







Boleh letak gambar sendiri atau rakan-rakan. untuk dijadikan hadiah atau kenag-kenangan. Lebih banyak tempah, lebih baik.

Maaf ya. Gambar di atas semuanya agak blurr dan tidak terang. Ini adalah kerana pencahayaan kamera talifon kemudian di pindah ke komputer riba. Jangan risau dengan tempahan BUTTON BADGE anda, kerana ianya akan lebih menyerlah dan menarik. Ini adalah kerana kami menggunakan kertas berkualiti. 

Untuk pengetahuan semua, kami menerima tempahan ready made dan custome made. Jika ready made, tempoh dua minggu awal kami perlukan. Jika custome made, kami memerlukan sebulan awal dari hari penghantaran yang diinginkan. Ini adalah untuk memastikan tahap kualiti yang diberi adalah yang terbaik.

Berminat? Ada pertanyaan? Sila Wassup/call/msg di talian 011-25873626 (yaya)

Jangan lepaskan peluang yang menarik ini.

Tuesday, November 4, 2014

kumbanggrafik

belajar berniaga


as salam... hye semua... apa khabar? hopefully korang semua sihat dan sentiasa di dalam perlindungan Allah s.w.t. 

hari ni nak cerita sesuatu pula... saya dah start buat business... kecil-kecilan sahaja... buat side income... bukan nak kata gaji jadi cikgu x cukup... cuma nak mempelajari ilmu berniaga pula... tambah ilmu... seronok berniaga nie rupanya... tapi kesabaran dan kegigihan adalah perkara yg perlu dititikberatkan kpd org yang baru nak mula berniaga mcm saya... hehehe...

emak dan ayah pesan, berniaga dengan jujur dan telus...ikhlaskan hati buat kerja, in shaa Allah, ada rezeki dari Allah untuk kamu... ye, betul tu... bukan mudah untuk memulakan perniagaan sebenarnya, walaupun perniagaan kecil... duit modal, nak cari pelanggan, melayan kerenah pelanggan... semua tu, kene belajar dan kene ada ilmu yg betul... dan yang saya hampir terlupa, jgn sesekali kita meremehkan pelanggan yang datang... kaya atau miskin seseorang pelanggan yang datang tu, kita mesti layan dengan baik... berikan perkhidmatan yang sama, mcm mane pelanggan lain dapat...

macam2 ragam orang zaman sekarang... tp biasalah, dalam berniaga ada saingannya... tp jgn mudah putus asa... teruskan usaha... ingat ye, jgn guna dukun@bomoh pula... hahahaha... kadang2 geli hati dengar kawan2 cerita pergi minta tangkal utk jadikan pelaris... ermm... entahlah... saya yakin Allah ada bersama saya, dan Allah sentiasa mengurniakan rezeki buat hamba2Nya... takut la korang, nak pergi jumpa pakcik2 yg dah berusia utk minta tangkal pelaris... klau betul tak pe... kadang2, ada yg x betul, menipu kerjanya... lepas tu, habis beribu ribu ringgit... mcm saya ni, berniaga kecil-kecilan, untung nye pun kecil-kecilan...takkan nak pergi jumpa mereka2 tu... mano den nak cekau duit??? hahahaha

ape2 pun, bila Allah dah tunjukkan jalan buat kita, kita redha... terima dengan hati yg ikhlas... jgn merungut dan terus berusaha... jangan lupa berdoa dan bertawakal... x pe kalau ada pelanggan yang tak jadi beli... normal lah tu... macam sy juga... masuk kedai, belek2 dulu... survey harga... betul tak??? jangan risau ye... 

ingat, berniaga ni amalan yang mulia... pekerjaan yang memg akan buat saya, anda dan kita semua jadi kaya... yg penting niat di hati kerana Allah... untungnya jadi peniaga ni, hari2 ada pelanggan datang... borak2... ada sesi soal jawab... so, hidup kita tak lah bosan... dan yang lagi seronok, bila ada yang sudi bagi pendapat, pandangan, tunjuk ajar dan macam2 lagi...

oh, sebelum terlupa... saya berniaga button badge... ada key chain, pin badge, fridge magnet n roset badge... semua benda ni, saya minat... walaupun renyah, tp itulah yg saya minat... saya suka kerja2 yg mcm ni... sbb tu saya buat business ni... saya juga menerima tempahan banting dan banner... hahaha...ape2 pun, usaha tangga kejayaan... jgn mudah berputus asa...

boleh follow kat :
fb : kumbang grafik
insta : kumbanggrafik

seronok tau bila kita ada ramai geng yang berniaga ni... mcm2 cerita kita boleh kongsi...


ini, lambang operasi perniagaan saya...




ini antara contoh button badge yang kedai saya hasilkan... dah banyak yg laku... Allhamdulillah..
saya juga menerima tempahan dari bakal2 pengantin yang nak oder pin badge masa majlis... ada pakej hebat lg... singgah di fb n insta k...

(jgn ambil hasil kerja orang lain, tanpa izin...saya x tahu, tapi Allah maha mengetahui...) dan berikan sedikit rezeki yg Allah berikan kpd kamu kpd insan2 lain yg memerlukan... sedekah akan buat anda jadi lebih kaya... yg ini, memg tips benar dari mana2 sifu...jgn kedekut tau...hehehe...sharing is caring...
baiklah, sampai di sini sahaja...
wallahualam...

Monday, August 18, 2014

...kisah hati...


alhamdulillah, diam tak diam, dah 2 tahun dan 8 bulan aku menjadi seorang guru... seronok sebenarnya menjadi guru... walaupun penat, letih, geram, banyak kerja, kene layan macam2 ragam anak murid dan parents, tp semua itulah yg mewarnai hidup seorang guru... dan disebabkan kerja yg banyak dan melambak, setahun lebih dah aku x post ape2...

huhuhu...

nmpk sgt BZ nye... ape2 pun, skrg mcm dah boleh tulis semula... dah boleh mengarang blog semula... hopefully lepas ni, akan ada cerita yg lebih menarik n interesting untuk korang semua...

sekarang ni, aku dah ada minat yg baru... OH, SCOUT! I am falling in LOVE with You...


sgt menyeronokkan n kene ada komitmen yg sgt besar... aku masih lagi sedang belajar n menuntut ilmu agar tak tersalah konsep... sebab dalam dunia PENGAKAP ini pun, ada yang hanya mengejar nama... mudah2an, aku tidak akan jd seperti itu... aku ikhlas masuk dunia PENGAKAP kerana minat aku dalam bidang out door... dan yg best nye, boleh bantu anak-anak murid aku untuk mempersiapkan diri menjadi manusia yg berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara...



untuk pengetahuan semua, ada beberapa pengalaman manis dalam hidup saya sebagai Pemimpin Pengakap... firstly yg best n lagi seronok, bila anak murid berubah dari yg kurang baik kpd yg lebih baik... yg ni memg best... rasa sgt2 bangga dan berbaloi melakukan aktiviti bersama mereka... walaupun penat dan tidak ada upah untuk kerja lebih masa ni, tapi kepuasannya... hanya Allah sahaja yg mengetahuinya... kedua, boleh kenal ramai org n macam2 perangai... dari pemimpin nya hinggalah ke anak murid nya... bestnya, boleh share pengalaman... sgt2 mengujakan... dapat kenal dgn org2 hebat dari legasi SCOUT ok... yg dah berumur, bertongkat pun adooo... kau ade??? hahahaha... inilah semangat namanya...

terima kasih yg tidak terhingga kpd "MR.CAT"... saya betul2 menghargai setiap tunjuk ajar dan semangat yg awak beri kpd saya... semoga satu hari nnt, saya juga akan menjadi AHLI PENGAKAP BERJIWA SELAMANYA seperti anda...



akhir sekali, doa saya:

Ya Allah, Kau temukanlah jodoh ku dengan hambaMu yang Berjiwa Pengakap seperti aku. dan akan membimbing aku ke Jalan Mu yang Benar...aamiiin...

doaitusenjataumatislam

Saturday, January 5, 2013

saya dan tahun baru


Setahun sudah masa berlalu selepas aku bergelar guru... terlalu banyak kerja sehinggakan aku terlupa yang aku ada blog... sekarang boleh aktif semula... harap2, tahun pertama menjadi guru akan jadi pengalaman yang sangat berharga... tahun ke dua ni, dah boleh susun jadual dan aktiviti... rindu nak menaip cerita yang best2... tapi x tau nak taip ape lg...

tahun baru 2013... WELCOME... sangat teruja...dengan misi, visi, azam dan impiam yang baru... Semoga NORHIDAYAH BT JALIL akan mencapai semua impiannya... walaupun sibuk, tapi perlu mencari masa dan peluang untuk berjaya...

Setiap manusia inginkan perubahan... begitu juga dengan aku... semoga Allah memakbulkan doa aku... aku akan terus beruasaha dalam mendidik anak bangsa yang tercinta... kerana merekalah pelapis pembangun negara di masa akan datang...

Seronok jadi cikgu... rasa ada ramai anak... hehehehe... dan kerana anak2 kecil inilah, segala masalah yang ada, dapat dilupakan... geli hati tengok budak tahun 1 menangis tak nak masuk kelas... tapi bila dah jumpa kawan, emak ayah kat tepi tingkap pun ley lupa... sedih tgk parents yang kurang berkemampuan nak belikan barang2 sekolah anak... gembira tengok budak2 senyum... semuanya telah Allah tentukan... kita sebagai manusia, perlu teruskan pekerjaan yang halal ini demi kesejahteraan bersama...

2012, merupakan tahun yang sangat mencabar... banyak ujian dan dugaan yang mendatang... apa pun, perlu ditempuhi... percaya pada diri sendiri... dan jangan mudah putus asa... anggap semua kritikan itu sebagai satu pemangkin untuk berjaya... bila dipuji, jangan lupa diri... saya akan pegang kata2 itu... dan jangan cepat melenting... semua orang ada pandangan yang tersendiri... fikir dari sudut positif setiap nasihat dan pandangan orang ramai...

semoga TAHUN 2013, akan memberikan makna yang lebih untuk SAYA... semoga ALLAH akan MEMBERKATI DAN MERAHMATI saya dengan pekerjaan yang mulia ini... dan semoga tahun 2013 ini, akan memberikan sinar harapan baru dalam hidup...

WAHAI TUAN EMPUNYA TULANG RUSUK KIRI (yang telah Allah ambil untuk jadikan diriku), JAGALAH DIRIMU BAIK2... SEMOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI DAN MEMBERKATI HIDUPMU... AKU TUNGGU DIRIMU UNTUK MENJADI IMAM HIDUPKU DAN MENJADI YANG SAH SEBAGAI SUAMIKU HINGGA KE SYURGA...

Monday, July 16, 2012

untuk DIA (yang teristimewa)...



‎ Dalam BISIKAN DOA , ada SEGARIS NAMA yang ku mohon pada Allah . . . Seandainya benar dia , semoga Allah permudahkan semua . . . Ku sampaikan SALAM RINDU , moga kamu akan terus BAIK-BAIK saja . . . Dan moga Allah MENJAGA kamu , seperti mana Dia menjagaku . . . mudah-mudahan . . . InsyaAllah ♥

semua orang akan ada perasaan untuk menyayangi dan disayangi...namun, fahamkah kita dgn erti disayangi dan menyayangi??? kadang-kala, kita tersilap dan alpa dgn maksudnya... yg sering kali membuat kita menjadi tidak tentu hala... hanya kerana diri terlalu menyayangi seseorang, tanpa sedar kita hanya disayangi bukan seperti kita menyayanginya...

dalam hidup ini, memang perlukan kita melakukan pengorbanan...dan pengorbanan yang dilakukan mestilah ikhlas...kerana keikhlasan akan menjadikan kita seorang yang redha menerima setiap ujian dan dugaan... bukan bermaksud kita pasrah, tetapi, sekurang-kurangnya kita berkorban untuk kebahagiaan org yg kita sayangi demi kebaikan bersama... usaha itu perlu...selagi termampu, lakukannya, kerana ia akan membuatkan kita berpuas hati tanpa ada rasa terkilan di penghujung hari...

oleh itu, kepada kaum adam, selagi kamu mampu untuk menjaga hati kaum hawa, jagalah ia seperti mana kamu menghormati ibu kamu...kerana pastinya, ibu kamu telah mengorbankan segalanya buat kamu...
dan pastinya, kamu perlu tahu:
1. Dalam garang seorang wanita pasti ada lembutnya 
2.. Semarah-marah seorang wanita pasti akan hilang jua 3.Dalam benci seorang wanita, pasti ada kasih sayang jua 4. Dan menyayangimu tidak bererti dia menunjukkannya 5. Kerana lumrah seorang wanita mempunyai sifat malu 6. Kerana kelembutan seorang wanita merupakan fitrah tercipta 7. Jadi hargailah dia dan bimbinglah dia ke arah jalan Nya


p/s : semua ni saya tujukan khas buat seseorang yg x mampu saya luahkan apa yg saya rasa... 
ye, saya kasar orgnya...sy x pandai nak jg hati kamu...saya slalu susahkan kamu...saya slalu marah kamu...saya buat x tahu je dgn kamu...tp, saya pasti tentang sesuatu, yg kamu tahu saya menyayangi kamu...


:: ...For yesterday's memories, today's love,

 and tomorrow's dreams I love you...♡

and your name always in my heart...

untuk si dia : saya xperlukan seorg HERO..cukuplah sekadar yang blh menjaga,melindungi & membimbing saya. 
semoga doa saya, akan dimakbulkan Allah s.w.t
aaamiin...

Tuesday, July 10, 2012

bIlA DiA BeRkAtA

Saya teringat hari itu...dan itu satu kenyataan yg amat memeritkan...

"APE JE YANG DIA INGAT?"


sedihnya hati ni bila dengar dia kate mcm tu...saya terlupa nak ingatkan perkara yg awak pesan...saya betul2 terlupa...bukan sy sengaja...saya x berniat pun nak buat awak susah...saya minta maaf...


awak suruh saya ingatkan awak untuk "BELI KERTAS SIJIL"... sebelum kita kuar mkn, sy dah ingatkan awak... pastu ms balik, saya terlupa...saya ingat lagi...hari SELASA, 4.20 PM... itulah masanya, awak kata sesuatu yg buat sy sedih...


saya sedar, sy bukan kawan yg sempurna untuk awak...tp, saya dah berusaha untuk jd kawan yg terbaik untuk awak...saya manusia biasa...sy ada kelemahan sy yg tersendiri...tp, awak ckp lepas je...


x pelah...memg salah sy...sy x salahkan awak cakap kat saya mcm tu...memg saya ni, jenis yg slalu lupa... saya minta maaf sekali lg...


tp, saya harap sgt...sgt2 berharap, yg awak x kan ckap mcm tu lg kat saya...saya dah cuba sedaya upaya untuk jd kawan awak...kawan yg sanggup gadaikan nyawanya demi seorang sahabat...


lepas ni, sy akan ada notebook untuk catat semua kegiatan kita bersama dan akan ada buku reminder...sbb saya tak nak terlupa lg...


semoga Allah, merahmati perkenalan kita dan hubungan yg kita bina...insyaAllah, aaamiin...


saya sayang kawan saya...





Thursday, January 26, 2012

ohh motorsikal ku

"alhamdulillah, selamat sampai anak emak..."

cikgu perempuan naik motor dari kluang ke johor bharu...huhuhu...x lah jauh mane, dekat je tu...lebih kurang sejam setengah sampai dah...
"itu kata orang"...

tapi bagi diri sendiri dan keluarga, ada macam2 risiko yg mungkin akan berlaku...terlalu banyak pesan dari emak, ayah, abang dan kakak...sampai dan boring dengar...ape2 pun, itu semua tanda sayang mereka kepada cikgu pj yg sorang ni...

ok, sebenarnya nak cerita pengalaman yang x delah ape2 sgt pun...tapi disebabkan ini adalah "MY FIRST TIME" menunggang motorsikal ke JOHOR BHARU dari rumah... dan rasanya ini ialah perjalanan yg paling jauh dengan menaiki motorsikal... mahu x mahu, saya perlu bawa motorsikal ke rumah sewa untuk memudahkan segala tugasan dan urusan saya... hidup ni, x boleh la asyik nak menumpang saja... jangan selalu susahkan org... kita perlu belajar untuk berdikari dan lebih baik untuk berdiri di atas kaki sendiri... cuma dalam hal-hal tertentu, yg kita x mungkin larat untuk selesaikannya berseorangan, kita perlukan teman untuk membantu...

baiklah, berbalik kisah di lebuh raya... menunggang motorsikal sangat2 bahaya... diulang sekali lagi, sgt2 merbahaya...BAHAYA!!! jgn sesuka hati bila berada di jalan raya... terlalu banak kenderaan besar yang akan lalu di sebelah motorsikal... seriusly, saya berasa sedikit takut bila ada bus or lori trailer yg lalu di sebelah... sampai pejam2 kan mata... sambil dalam hati berdoa, "JANGANLAH JADI APE2"... 

selain itu, mata akan berair...ha3...(siap kene gelak dgn kawan yg sorg lagi)... kawan siap tanye, "kenapa nangis???"... tetttttt...saya bukan nangis lah... mata masuk pasir then, mata saya kering ok... x de maknanya saya nak nangis... 

kalau penat, berhenti seketika...dok borak2 lu then baru sambung semula perjalanan anda... kalau rasa diri x penat pun, kene pastikan kenderaan kita perlu direhatkan sebentar...motor pun kene rehat k...bukan manusia sahaja...

seronok pula rasa balik ke JB dengan kawan...sbb, emak n ayah x kan bagi kalau balik sorang2... tambah2 perjalanan yg mengambil masa agak lama...hi3... terima kasih ye kawan saya yg baik hati+talkactive... dia memg baik n bertanggungjawab...ha3...dia risau kot, tgk cikgu pj ni bawa motor ke kiri ke kanan... kejap laju, kejap perlahan...lg dia risau, bila tgk cikgu pj ni nak potong lori panjang tu...ha3...cepat2 dia pintas x bg org potong lori tu...kui3...terasa ada kawan yg sgt2 baik...tq ye cikgu sains...nnt, kita balik bersama lg... best lak ade org yg follow dr belakang... (sian sebenarnya kat dia...motor ley bawa laju, tapi disebabkan motor cikgu pj ni slow, dia pun kene bawa slow...) =)

ape2 pun, yg pentg persediaan diri dan kenderaan yg hendak digunakan... pegi servis terlebih dahulu dan pastikan minyak n sebagainya mencukupi...jgn nnt, menyusahkan diri pula...

"BERHATI-HATI DI JALAN RAYA"
INGATLAH ORNG YG TERSAYANG
"ANDA MAMPU MENGUBAHNYA"
.......


RINDU MELLO LOLLA
- CIKGU PJ -